Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Adi Putra Kahwin Dua...

PELAKON popular, Adi Putra menolak tanggapan sesetengah pihak yang mendakwa dia berkahwin kali...

Strategi MITI 10 Tahun...

KUALA LUMPUR - Strategi yang dilaksanakan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)...

Calon MB Johor Selewat-Lewatnya...

JOHOR BAHRU - Satu pertemuan akan diadakan antara Barisan Nasional (BN) dan Parti...

3 Hari Larangan Tangkap...

ALOR SETAR - Nelayan di Kedah dilarang menangkap ikan bilis selama tiga hari...

Bayaran Ansuran Peralatan Rumah Tidak Kena GST – Kastam

KUALA LUMPUR – Bayaran ansuran bulanan pembelian barangan dan peralatan rumah yang dibeli pengguna mengikut sistem pembayaran kredit tidak tertakluk kepada Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), kata Pengarah GST Jabatan Kastam Diraja Malaysia Datuk Subromaniam Tholasy.

Mengikut Panduan Sewa Beli dan Jualan Kredit yang dikeluarkan jabatan itu, hanya jumlah utama dan bukannya komponen faedah yang tertakluk kepada kadar enam peratus GST.

Buku panduan itu menyebut: “Liabiliti bagi GST ke atas pembekalan bercukai adalah pada permulaan kuatkuasa sewa beli (HP) atau perjanjian kredit jualan dan tidak secara berterusan sepanjang tempoh perjanjian. Tiada liabiliti GST bagi komponen bekalan kewangan sewa beli atau jualan kredit kerana ia adalah suatu pembekalan dikecualikan.”

“Ini secara amnya bermaksud bahawa jika komponen kredit atau kepentingan yang ditunjukkan secara berasingan dan didedahkan kepada penerima, ia tidak tertakluk kepada GST, sebaliknya jumlah pokok ada (dikenakan GST),” kata Subromaniam.

Pengguna terutamanya mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana, akhir-akhir ini menyuarakan rasa bimbang bahawa mereka mungkin perlu membayar ansuran bulanan yang lebih tinggi untuk pembelian perabot dan peralatan rumah yang dibeli di bawah skim bayaran mudah atau sistem pembayaran kredit ansuran berikutan pelaksanaan GST pada bulan April.

Subromaniam berkata GST sebanyak enam peratus akan dikutip terlebih dahulu, iaitu ketika pelanggan membayar deposit atau bayaran pertama bagi barangan yang dibeli.

Kebimbangan rakyat daripada bayaran bulanan yang lebih tinggi adalah tidak tepat sebaliknya, mereka mungkin mendapati bayaran yang dikenakan berkurangan selepas GST diperkenalkan.

“Peniaga dan peruncit akan dapat menuntut cukai input mereka … jadi mereka perlu berkongsi penjimatan kos yang sudah mereka peroleh bersama pelanggan mereka dengan menjual barangan pada harga lebih murah,” katanya kepada Bernama.

Untuk menggambarkan hal itu, beliau berkata di bawah rejim Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) 10 peratus yang dikenakan pada masa ini, pengeluar televisyen mungkin menetapkan harga produk di RM2,200 termasuk SST RM200.


Pengilang akan menjual set TV untuk peruncit pada RM2,200. Dengan mengandaikan keuntungan peruncit adalah RM200, maka harga akhir setiap set TV ialah RM2,400.

Sebaliknya, di bawah GST, harga pengeluar akan menjadi RM2,120, yang merangkumi enam peratus GST sebanyak RM120.

Akan tetapi disebabkan peruncit boleh membuat tuntutan balik GST, kos beliau masih RM2,000. Jadi, termasuk keuntungan sebanyak RM200 dan GST sebanyak RM132, yang pelanggan perlu membayar, harga akhir ialah RM2,332.

“Cuba bandingkan harga … di bawah SST, TV berharga RM2,400 dan di bawah GST, pada RM2,332. Jadi, yang mana lebih murah?” tegasnya.

Justeru itu, katanya tiada cara pengguna akan dikehendaki membayar ansuran lebih tinggi untuk barangan rumah yang dibeli melalui skim fleksibel kredit selepas pelaksanaan GST.

Mengikut Panduan GST Jabatan Kastam Bagi Kredit Cukai Input, cukai input merujuk kepada GST yang ditanggung pemilik perniagaan atas apa-apa pembelian atau pemerolehan barangan dan perkhidmatan, dan mereka dibenarkan untuk “menuntut sebagai kredit atas pembelian yang menjadi input kepada perniagaan”.

Pengerusi Institut Percukaian Berkanun Malaysia (CTIM) SM Thanneermalai berkata pengguna tidak perlu bimbang mengenai harga perabot dan peralatan elektrik akan meningkat selepas GST.

“Sama ada mereka membeli dengan tunai atau secara ansuran, GST perlu dibayar terlebih dahulu dan tidak ada cukai tambahan akan dikenakan ke atas bayaran bulanan,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori