Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

KPDNKK N.Sembilan Keluar 33...

SEREMBAN - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Negeri Sembilan telah...

Dewan Rakyat ‘Meriah’ Isu...

KUALA LUMPUR - Suasana Dewan Rakyat hari ini “meriah” seketika apabila isu pengkhianatan dibangkitkan...

Jepun Ketatkan Kawalan Sempadan...

TOKYO: Jepun akan memperketatkan langkah kawalan sempadan ke atas pengembara dari China apabila...

Kereta Nasional Ke-3 Akan...

KUALA LUMPUR - Projek kereta nasional ke-3 akan dibiayai syarikat swasta seperti SilTerra...

Bekalan Ikan Pada Musim Tengkujuh Mencukupi – LKIM

PEKAN – Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) akan memastikan bekalan ikan pada musim tengkujuh yang dijangka melanda negara pada bulan depan adalah mencukupi bagi pasaran tempatan.

Pengerusinya, Datuk Irmohizam Ibrahim berkata pihaknya telah mengambil pelbagai langkah termasuk meminta Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) mengimport lebih banyak ‘ikan rakyat’.

“Saya di peringkat LKIM sentiasa memantau perkara ini. Kita juga telah meminta Nekmat untuk mengimport ‘ikan rakyat’ dari Bangladesh, Indonesia, Thailand dan Vietnam,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Bantuan Pasca Banjir Kepada Nelayan Kawasan Nenasi dan Rompin di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Pengarah LKIM Abdul Rahman Ellis.


Sementara itu mengulas mengenai pihak berkuasa Indonesia meletupkan bot milik nelayan Malaysia di Belawan baru-baru ini, Irmohizam meminta nelayan laut dalam agar berhati-hati dan tidak menceroboh perairan negara lain.

“Saya lihat isu ini sangat serius dan boleh menjejaskan ekonomi dan kehidupan nelayan…Saya masih menunggu saranan Wisma Putra.

“Saya juga bercadang untuk ke Indonesia bagi mengetahui serba sedikit syarat-syarat terbaru kerajaan Indonesia terutama berkaitan perairan antarabangsa,” katanya.

Irmohizam pada pada majlis itu menyampaikan bantuan barangan persekolahan kepada 140 anak nelayan serta bantuan peralatan pukat kepada 13 orang nelayan. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • LKIM

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori