Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Oliveira Juara Kelas Moto3...

SEPANG - Penunggang pasukan Red Bull KTM Ajo, Miguel Oliveira dinobatkan sebagai juara...

Polis Rekod Keterangan Anak...

KUALA LUMPUR – Polis hari ini merekod keterangan Nooryana Najwa, anak perempuan bekas...

Pekerja Kemalangan, Polis Sambung...

SEORANG pegawai polis di Detroit, Amerika Syarikat menerima pujian setelah menghantarkan piza ke...

Kerajaan Tanggung Subsidi RM400...

KUALA LUMPUR - Kerajaan masih menanggung subsidi RM400 juta untuk bahan api walaupun...

Bekas Duta Malaysia Ke Peru, Ahmad Mokhtar Meninggal Dunia

BEKAS Duta Besar Malaysia ke Peru Datuk Ahmad Mokhtar Selat meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), malam tadi, akibat penyakit barah.

Anak kedua Allahyarham, Rizal Afandy, 38, berkata Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 7.40 malam setelah kira-kira tiga minggu dirawat di PPUM.

“Kira-kira tiga minggu arwah (ayah) dirawat di wad, sebelum ini pernah menjalani rawatan diagnosis barah buah pinggang pada Mac 2013.

MENARIK – Kritik Akta Hasutan 1948 : M’sia Arah Duta AS Bagi Penjelasan 

“Dalam enam bulan kemudian, doktor mengesan barahnya telah merebak ke paru-paru sebelum merebak ke bahagian lain,” katanya.

Beliau ditemui wartawan di kediamannya di Jalan SS4B/1, Kelana Jaya.

Jenazah Ahmad Mokhtar akan disolatkan di Masjid Al-Ehsan, Kelana Jaya sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 8, Kota Damansara hari ini.

Allahyarham meninggalkan isteri Datin Jeliah Ghalim dan tiga orang anak.


Ahmad Mokhtar, yang bertugas sebagai duta Malaysia di Peru selama tiga tahun sehingga 1999 pernah menjadi tebusan kumpulan gerila Tupac Amaru bersama ramai diplomat negara lain di kediaman duta Jepun di Lima pada Disember 1996.

– MYNEWSHUB.CC

Krisis Tebusan Di Kediaman Duta Lepun Di Lima, Peru Disember 1996

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori