BEKAS isteri pelakon dan pengacara terkenal Jimmy Shanley, Nursuhaila Elini Suhaimi berhadapan dengan hukuman penjara selama tujuh hari bermula Rabu.
Ini ekoran kesalahannya ingkar perintah mahkamah berhubung hak lawatan dan bermalam anak mereka, Zahrah Rania.
Perkara ini diputuskan oleh Hakim Syarie Mawardi Che Wan selepas menolak tunjuk sebab yang dikemukakan Nursuhaila di Mahkamah Tinggi Syariah.
Memetik laporan Berita Harian, bagaimanapun, mahkamah menangguhkan hukuman itu sehingga jam 4 petang ini bagi membolehkan peguam Saadiah Din memfailkan permohonan penggantungan pelaksanaan hukuman terhadap anak guamnya.
Jimmy dan Nursuhaila Eliani Datuk Suhaimy mendirikan rumah tangga pada 1 Oktober 2010 dan dikurniakan Zahrah Rania namun hubungan mereka tidak berpanjangan dan masing-masing mengambil keputusan untuk bercerai pada Oktober 2012. -MYNEWSHUB.CC
Video Temu Bual Bersama Nursuhaila