Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Kesalahan Pengangkutan Awam, Barangan...

MELAKA - Kesalahan melibatkan pengangkutan awam dan barangan seperti teksi, bas dan lori...

‘Biru’, ‘Hijau’ Sepentas Di...

PEKAN NANAS - Pemuda Barisan Nasional (BN) yang terdiri daripada UMNO, MCA dan...

Skuad Taktikal Khas 3...

KUALA LUMPUR - Sebuah pasukan khas membanteras kegiatan judi, maksiat dan kongsi gelap...

Tempias Enam Ahli FMC,...

SIAPA sangka kerana sikap enam orang ahli Familia Myvi Club (FMC) yang dipercayai punca...

Bekas Kontraktor Ke Tali Gantung Kerana Membunuh

SHAH ALAM – Seorang bekas kontraktor bingkai aluminium dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah membunuh seorang lelaki lapan tahun lepas.

Hakim Datuk Mohd Sofian Abdul Razak menjatuhkan hukuman itu selepas berpuas hati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Dalam penghakimannya, Mohd Sofian berkata mahkamah tidak boleh menerima keterangan pembelaan bahawa tertuduh, Wong Poh Ling, 37, berada dalam keadaan tidak sedar akibat dipengaruhi dadah dan alkohol ketika melakukan pembunuhan.

“Keterangan diberikan pakar psikiatri mendapati tertuduh dalam keadaan waras ketika kejadian itu berlaku,” katanya.

Wong didakwa membunuh Choong Lap Hing, 34, di jalan tepi Restoran PJ Seafood, Kelana Jaya, Kampung Chempaka Kelana Jaya, dekat sini pada 4.45 pagi, 26 Ogos 2007.


Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Seramai 16 saksi pendakwaan dan 16 saksi pembelaan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan yang bermula pada 4 April 2011.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Norbaya Jamil sementara tertuduh diwakili peguam Gurubachan Singh Johal dan Qeemnoor Zahreen Zazanee Muhamad Noh. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori