Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Mahasiswa Cemerlang Miliki Syarikat...

KUALA TERENGGANU - Di saat mahasiswa lain runsing memikirkan pekerjaan selepas tamat pengajian,...

Minggu Promosi Kraf Malaysia...

MELAKA - Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Melaka menyasarkan jualan produk sebanyak RM200,000...

Celcom Menjadi Telco Pertama...

CELCOM menjadi syarikat telekomunikasi pertama yang secara terbuka menawarkan peranti terbaru daripada Apple,...

Dazrin Akui Terseksa Tidak...

SETELAH hampir setahun berlalu, pelakon kacak Dazrin Kamaruddin mengakui jiwanya terseksa apabila niatnya...

Bekas Pemain Badminton Gesa Pemain Muda Ubah Pemikiran

GEORGETOWN – Bekas pemain badminton kebangsaan Datuk Teh Kew San menggesa pemain muda supaya memanfaatkan peluang sedia ada serta perlu mengubah pemikiran bagi meningkatkan prestasi sukan badminton negara.

Beliau berkata mereka perlu meningkatkan stamina untuk bergerak seiring dengan pemain antarabangsa kerana corak permainan kini banyak berubah dan semakin pantas jika dibandingkan pada zaman kegemilangannya dahulu.

Beliau berkata jika mereka mengekalkan corak permainan yang sama, sukan badminton negara akan jauh ketinggalan.

“Ketika zaman saya, tiada kemudahan seperti yang ada hari ini. Biasanya, kami berlatih atas usaha kami sendiri kecuali jika ada kejohanan. Jika tidak, kami akan berlatih sesama sendiri.

“Sekarang, pemain muda bertuah, mereka ada kemudahan dan perlu menggunakannya sebaik mungkin,” katanya kepada pemberita pada majlis sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-80, di sini malam tadi.

Turut hadir, Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff dan beberapa bekas pemain badminton kebangsaan iaitu Datuk Yew Cheng Hoe, Tan Aik Huang, Datuk Tan Yee Khan, Datuk Ng Boon Bee dan Datuk Billy Ng.


Teh berkata sebagai seorang pemain mereka perlu bersiap sedia sepenuhnya sebelum menghadapi sebarang kejohanan.

“Jika tidak bersedia, mereka tidak perlu menyertainya kerana ia akan memberi kesan kepada pemain itu sendiri,” katanya.

Legenda badminton negara kelahiran Pulau Pinang itu telah memenangi kejohanan All England dan merupakan ketua pasukan Piala Thomas Malaysia sebanyak tiga kali, selain memenangi beberapa kejohanan tempatan dan antarabangsa. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori