Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Aktiviti Masjid, Surau Tangguh...

SEMUA aktiviti masjid dan surau termasuk solat Jumaat dan solat berjemaah dicadangkan ditangguh...

Mahkamah Benar Pakatan Harapan...

KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan hari ini memperoleh kebenaran untuk memulakan semakan kehakiman...

Keputusan SPM 2017 Catat...

PUTRAJAYA - Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017 mencatatkan indeks Gred Purata Nasional...

Illi Najwa Tak Pernah...

JOHOR BAHRU - Siasatan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) mendapati Illi Najwa...

Bekas Army Cari ‘Gadis Penang’ Yang Ditinggalkan 47 Tahun Lalu

BIARPUN sudah 47 tahun berlalu, seorang bekas koperal bahagian perkhidmatan pergigian tentera British, Warren Holbrook, 69, masih menaruh harapan mahu menemui kekasihnya, Wan Jamilah Wan Hussein (Fiona), di Pulau Pinang.

Menerusi laporan The Star, Holbrook berkenalan dengan Wan Jamilah di Hotel Mount Pleasure pada Jun 1967 dalam satu majlis perpisahan bagi meraikan rakan-rakan tentera yang akan dihantar pulang ke United Kingdom.

Kehadiran wanita itu bersama kakak dan tiga rakan lelaki ternyata menarik perhatiannya sehingga dia mengajak Wan Jamilah menari bersama.

Menurut Holbrook, ketika mengenalinya, wanita itu tidak bekerja kerana dia berasal daripada keluarga berada.

“Bapanya memiliki syarikat teksi dan dia juga mempunyai kereta sendiri,” katanya.

Kedua-dua mereka menjalinkan hubungan cinta selama lima bulan dan bertunang pada Oktober 1967.

Bekas Tentera Cari Kekasih Yang Ditinggalkan 47 Tahun Lalu

Bagaimanapun, percintaan mereka telah dihidu oleh pihak atasan sekaligus menyebabkan Holbrook ditukar ke kem tentera di Kluang, Johor atas alasan tentera British tidak boleh berkahwin dengan wanita tempatan.

Holbrook kemudiaannya kembali semula ke England pada tahun 1968 selepas perkhidmatannya tamat dan mengakui kesilapan terbesarnya ialah tidak mengahwini Wan Jamilah.


“Pada waktu itu, perkahwinan campur adalah sesuatu yang jarang berlaku,” ujarnya yang tidak pernah berkahwin sehingga ke hari ini.

Dia pernah kembali ke Pulau Pinang sembilan tahun lalu untuk mencari Wan Jamilah di alamat terakhirnya di Jalan Tanjong Tokong, namun hampa kerana keluarganya sudah tidak tinggal di situ.

“Saya benar-benar mahu berjumpa dengannya kembali,” katanya.

Jika ada di kalangan pembaca yang mengenali Wan Jamilah atau kakaknya, Nora, anda bolehlah menghubungi Holbrook di talian 011-2375 1132. -MYNEWSHUB.CC

Video Pasangan Warga Emas Menari

https://www.youtube.com/watch?v=CHWZdcZnVH0

Oleh: ELZA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori