Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

APMM Apung Bot Karam...

KUANTAN - Bot nelayan yang karam kira-kira empat batu nautika dari Pulau Layak,...

Kemalangan Pergi-Balik Kerja Semakin...

KUALA LUMPUR - Saban hari pasti ada berita mangsa kemalangan sama ada yang...

Cheng Hoe Idam Kemenangan...

KUALA LUMPUR – Ketua jurulatih skuad bola sepak negara, Tan Cheng Hoe melahirkan...

224 Saman Dikeluarkan Dalam...

PORT DICKSON - Polis mengeluarkan 224 saman terhadap penunggang motosikal atas pelbagai kesalahan...

Bekas Vokalis Kumpulan Rock Popular Ditahan Positif Dadah

SEORANG penyanyi kumpulan rock balada yang terkenal sekitar tahun 90-an telah ditahan tengah malam tadi dan didapati positif dadah jenis Morfin.

Turut ditahan bersamanya, seorang wanita berusia 32 tahun yang turut didapati positif dadah AMP.

Penyanyi itu ditahan kira-kira pukul 12.30 tengah malam Rabu, oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Ampang.

Hasil serbuan di sebuah rumah di Taman Keramat, penyanyi itu dan seorang wanita dicekup bersama satu paket plastik disyaki dadah jenis Heroin seberat kira-kira 1.2 gram, ditemui di atas tilam dalam bilik penyanyi berkenaan.

Menurut sumber, siasatan awal mendapati penyanyi itu mengaku terlibat dengan aktiviti penagihan dadah jenis Syabu dan Heroin selama 10 tahun.


Suspek juga dikatakan mendapat bekalan dadah daripada seorang lelaki yang telah ditahan mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Siasatan ketika ini masih diteruskan. -MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=P5CKTx6D0dE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori