Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Hutang Luar Malaysia Kekal...

KUALA LUMPUR – Hutang luar Malaysia kekal terurus berdasarkan profil mata wang dan...

‘Sabah-Sarawak Merdeka’ Salah Guna...

KUALA LUMPUR – Ibu Pejabat UMNO hari ini menafikan terlibat atau mempunyai apa-apa...

8 Cedera Letupan Bom...

PATTANI/NARATHIWAT - Lapan orang cedera dalam letupan bom di Narathiwat dan Pattani hari...

Cuaca Panas Melampau, Ibu...

ALOR SETAR - Ibu bapa di sini bimbang terhadap kesihatan anak masing-masing ekoran...

Belum Ada Keputusan Rancangan Penggabungan 3 Bank

KUALA LUMPUR – Pengerusi CIMB Group Holdings Bhd, Datuk Seri Nazir Razak berkata belum ada keputusan dibuat berhubung cadangan penggabungan tiga hala bagi mewujudkan bank terbesar Malaysia.

Rancangan penggabungan CIMB, RHB Capital Bhd dan Malaysia Building Society Bhd (MBSB) akan membentuk kumpulan perbankan terbesar Malaysia dengan aset kira-kira AS$190 bilion (RM670 bilion), lebih besar daripada Malayan Banking Bhd (Maybank) yang kini adalah bank keempat terbesar di Asia Tenggara.

“Ia belum dibatalkan kerana belum ada pengumuman mengenainya,” kata Nazir selepas pelancaran Laporan Strategi Korporat ASEAN di sini hari ini.

Nazir berkata, semua pihak terbabit sedang “rancak berunding’ sejak beberapa minggu lalu dan mesyuarat lembaga pengarah memang sudah lama dijadualkan bermesyuarat dalam bulan ini untuk membuat keputusan.

Katanya, semua bank berkenaan sedang menilai sinergi yang akan diraih daripada penggabungan itu berdasarkan pelbagai faktor yang sudah berubah.


Ketiga-tiga bank akan membuat pengumuman mengenai rancangan penggabungan itu ‘secepat mungkin’, tambahnya.

Saham CIMB susut 3.2 peratus pada penutupan tengah hari, selepas malam tadi mengumumkan rundingan penggabungan masih berjalan. Saham RHB juga susut 1.7 peratus tetapi MBSB naik 4.4 peratus.

Semalam, kalangan yang rapat dengan janji niaga penggabungan itu mengumumkan ketiga-tiga bank merancang untuk membatalkan rancangan penggabungan itu. – Reuters

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori