Thursday, December 5, 2024

Creating liberating content

Kantoi Menyamun, Gadis Dibelasah...

KANTOI menyamun, seorang gadis teruk dibelasah penduduk Kampung Kubang Menerong, Tasek Gelugor, Pulau...

AEON M’sia, Jepun Bekerjasama...

CHIBA (Jepun) - AEON Co (M) Bhd akan mengadakan kerjasama rapat dengan AEON...

Indra Jadi Sandaran Devan...

KOTA BAHARU - Pemain veteran, Indra Putra Mahayuddin dijangka diturunkan ketua jurulatih Kelantan,...

Danfishel Pushes For AI...

KUALA LUMPUR - Islamic banking or Syariah banking in Malaysia is the next...

Besi Sepanjang 7 Inci Dalam Badan Sejak 52 Tahun

CREVE COEUR — Pada 1963, Arthur Lampitt terlibat yang berasal dari Granite City, Illinois, telah mengalami kemalangan selepas keretanya bertembung dengan sebuah trak.

Dalam kemalangan itu, dia mengalami patah tulang pinggul namun ia kemudiannya pulih.

Namun yang menarik perhatian ialah sebatang besi sepanjang tujuh inci yang menusuk ke dalam lengannya.

Bagaimanapun disebabkan Lampitt tidak merasai sebarang kesakitan, maka doktor memberitahunya supaya membiarkan sahaja besi itu dalam tangannya.

Kini, selepas 52 tahun dan pada usia 75 tahun, akhirnya besi itu dikeluarkan juga setelah Lampitt mengadu kesakitan ketika dia sedang mengangkat batu bata di rumahnya beberapa minggu lalu.


Doktor yang melakukan pembedahan berkenaan, Dr. Timothy Lang berkata, ini kali pertama dia melihat objek asing berada dalam tempoh yang panjang dalam badan pesakit.

“Kita melihat objek asing seperti paku namun tidak pernah melihat objek sepanjang ini yang merupakan alat ganti sebuah kereta. Kebiasaannya ia menyebabkan jangkitan,’’ katanya.

Dalam pada itu, Lambitt akan menyimpan besi tersebut dan kemungkinan akan menjadikannya sebagai rantai kunci.

  • Lagi berita berkaitan:
  • besi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori