Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

PM Ucap Takziah Pemergian...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini merakamkan...

Jumlah Korban Taufan Michael...

PANAMA CITY - Jumlah kematian akibat Taufan Michael meningkat kepada 17 orang semalam,...

Ibu Bapa Perlu Dilibatkan...

KUALA LUMPUR – Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) berharap semua pihak berkaitan boleh...

Jangkitan Sporadik Tinggi Berbanding...

PUTRAJAYA - Penularan kes sporadik bagi jangkitan COVID-19 di negara ini mengatasi kes...

Bilangan Mangsa Banjir Turun Di Kelantan, Perak

KUALA LUMPUR – Keadaan banjir di Kelantan dilihat semakin baik setakat tengah hari ini dengan hanya 9,957 mangsa masih berada di 99 pusat pemindaan berbanding 24,020 orang pagi tadi.

Jumlah terbaru mangsa banjir di Kelantan itu merupakan sebahagian daripada 61,034 orang yang masih berada di pusat pemindahan sementara di Pahang, Perak, Terengganu, Sabah dan Johor.

Jurucakap Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan berkata jumlah mangsa yang direkodkan ialah Tanah Merah dengan 1,668 orang, Kuala Krai (3,636), Gua Musang (2,154), Machang (2,419) dan 80 orang di Tumpat.

Di PERAK, jumlah mangsa banjir menurun sedikit kepada 6,775 orang berbanding 6,881 orang yang direkodkan pagi tadi.

Jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Perak berkata mangsa banjir di daerah Perak Tengah kini berjumlah 5,086 orang, Kuala Kangsar (538), Hulu Perak (739), Manjung (140) dan 272 orang di Hilir Perak.

Sementara itu, Terengganu, Pahang dan Johor setakat tengah hari ini tidak menunjukkan sebarang perubahan apabila jumlah mangsa di pusat pemindahan masing masing kekal seperti yang direkodkan pada sebelah pagi.

Di TERENGGANU, jumlah mangsa kekal 143 orang dengan hanya satu pusat pemindahan dibuka iaitu di Dungun.


Di PAHANG, jumlah mangsa banjir masih sebanyak 42,938 orang di 187 pusat pemindahan dalam tujuh daerah yang terjejas.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata jumlah mangsa yang direkodkan ialah Temerloh dengan 20,962 orang, Pekan (11,063), Jerantut (3,792), Bera (3,479), Maran (2,168), Kuantan (1,074) dan 400 orang di Lipis.

Di JOHOR, mangsa banjir kekal 116 orang daripada 24 keluarga dengan enam pusat pemindahan iaitu satu di daerah Batu Pahat dan lima di daerah Segamat.

Berbeza di SABAH, jumlah mangsa meningkat sedikit kepada 1,105 orang berbanding 910 orang pagi tadi dan mereka ditempatkan di lima pusat pemindahan di tiga daerah, menurut Pusat Kawalan Operasi Bencana Negeri Sabah.

Daerah Kota Belud mencatat jumlah mangsa tertinggi iaitu 821 orang, diikuti Kudat (265) dan 19 orang di Pitas. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori