Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Mahkamah: Isteri Didakwa Cederakan...

SEREMBAN - Seorang wanita Tamil Sri Lanka mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di...

Anwar Dapat Kebenaran Cabar...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim dan keluarganya hari ini memperoleh kebenaran...

Hidup Rosmah Kini Lebih...

SUSULAN kekalahan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu, kehidupan...

PRU15: Rahman Dahlan Antara...

KOTA KINABALU : Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan...

Bina Pusat Kesihatan Sementara Di Kawasan Terjejas Banjir

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan akan mendirikan sebanyak 11 khemah sementara di beberapa lokasi di Kelantan sebagai pusat kesihatan sementara bagi meneruskan operasi Klinik Kesihatan dan Klinik Desa yang terjejas akibat banjir.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, khemah itu akan ditempatkan di Kuala Krai, Gua Musang dan Tanah Merah dan pihaknya sedang mengenal pasti lokasi lain yang memerlukan pusat kesihatan sementara itu.

Beliau dalam pada itu mengingatkan kebersihan adalah salah satu aspek paling penting yang perlu diberi perhatian oleh mangsa banjir dalam mencegah penyakit bawaan makanan dan air semasa atau selepas musim banjir.

“Keadaan pada masa ini dimana bekalan air bersih adalah terhad. Orang ramai adalah dinasihati untuk mencuci tangan dengan menggunakan `hand sanitizer’,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.


Noor Hisham dalam pada itu berkata, Kementerian Kesihatan KKM menyedari penglibatan banyak badan bukan kerajaan (NGO) dalam memberi bantuan kepada mangsa banjir terutama berkaitan rawatan dan penjagaan kesihatan pesakit.

Justeru, katanya, NGO terbabit diminta supaya bersiap sedia dengan segala keperluan yang mencukupi seperti kenderaan, tempat tinggal dan makanan bagi menjalankan misi bantuan berkenaan.

“Pihak NGO juga digalakkan untuk mendaftar sebagai sukarelawan dengan Kementerian Kesihatan. Maklumat lanjut boleh diperolehi melalui portal KKM http://www.moh.gov.my/ atau melalui telefon di talian 03-8881 0300,” katanya. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori