PASANGAN pelakon popular Hollywood, Blake Lively dan suaminya, Ryan Reynolds dikhabarkan telah selamat menimang cahaya mata pertama mereka, penghujung Disember lalu.
Namun begitu, sehingga kini jurucakap kedua-dua selebriti itu belum pun membuat pengumuman rasmi mengenai perkhabaran gembira itu.
Berita itu hanya dikongsikan oleh laman berita Page Six, yang melaporkan aktres itu bersalin di sebuah pusat perubatan berhampiran kediaman pasangan itu yang terletak di Bedford, New York, beberapa jam sebelum sambutan tahun baharu.
Lively berkongsi berita kehamilannya pada Oktober lalu menerusi laman web kelolaannya sendiri, Preserve, yang mana menunjukkan gambar baby bumpnya yang diambil sendiri oleh adiknya, Eric Lively.
Lively dan Reynolds berkahwin dalam satu majlis tertutup pada 9 September 2012 di Mount Pleasant, South Carolina selepas hampir setahun berpacaran. – MYNEWSHUB.CC