Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

KPDNKK Kaji Impak Pelaksanaan...

KOTA KINABALU - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sedang membuat...

“Saya Jadi Saksi Bukan...

PELAKON Intan Najuwa menegur tindakan netizen yang menjatuhkan hukum tanpa mengetahui perkara sebenar...

Pertahan Jawatan Presiden Amanah...

KUALA SELANGOR - Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan kejayaan mempertahankan...

Bekas Timbalan Pengerusi Eksekutif...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen hari ini memerintahkan bekas timbalan pengerusi eksekutif Malaysian...

Bojan Puas Hati Dengan Persediaan JDT

KUALA LUMPUR – Ketua Jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Bojan Hodak tetap berpuas hati meskipun pasukan itu sekadar seri 1-1 dengan pasukan Bentleigh Greens dari Australia dalam satu aksi perlawanan persabahatan semalam.

Katanya, beliau memberi peluang kepada pemain simpanan JDT beraksi dalam perlawanan yang berlangsung di Australia tersebut sebagai pendedahan kepada mereka.

“Kami kelihatan lebih baik pada separuh masa kedua setelah menurunkan pemain utama kami termasuklah kesemua pemain import.

“Kami juga tampak lebih yakin dengan permainan dan persefahaman antara pemain semakin bertambah baik. Bagaimanapun kita perlu meningkatkan cara kawalan dan pertahanan,” katanya melalui laman Facebook Johor Southern Tigers malam tadi.


Bojan berkata, keputusan seri 1-1 itu tidak begitu teruk memandangkan pasukan kebangsaan Malaysia pernah tewas kepada pasukan sama dua tahun lalu.

Menurutnya, tujuan perlawanan pra-musim itu untuk menggunakan kesemua 25 pemain dan memastikan mereka semua layak dan mampu bermain menentang pasukan yang memiliki kelebihan daripada segi fizikal.

“Secara keseluruhannya semua berjalan dengan baik. Saya gembira dengan prestasi pemain,” katanya. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori