Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Penternak Jual Lembu Harga...

JAWA TIMUR: Golongan penternak berpakat menjual lembu dengan harga yang murah daripada mengalami...

Terpaksa Minum Air Kencing...

SICHUAN - Seorang warga emas di China terpaksa minum air kencing sendiri dan...

Ahli Parlimen DAP Pertikai...

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen DAP Segambut, Lim Lip Eng mempersoalkan sama ada...

Harga Barang Mungkin Naik...

PETALING JAYA – Rakyat Malaysia berkemungkinan perlu membayar harga lebih tinggi untuk barangan...

Boko Haram Makin Bermaharajalela Di Nigeria

ABUJA, Nigeria – Kumpulan militan Boko Haram menculik sekurang-kurangnya 80 orang dalam satu serangan berdarah di utara Cameroon kelmarin, kata polis berhubung serangan rentas sempadan tebaharu oleh Boko Haram yang berpangkalan di Nigeria.

Serangan itu berlaku sehari selepas negara jiran, Chad mengerahkan tentera bagi memerangi militan tersebut di Cameroon dan Nigeria sebagai usaha serantau dalam memerangi pemberontak.

“Militan-militan Boko Haram menyerang dua buah kampung di kawasan Tourou dan membakar rumah penduduk sebelum menculik lebih 80 orang dengan kebanyakan mereka wanita serta kanak-kanak,” kata seorang pegawai polis.

Katanya lagi, serangan itu menyebabkan beberapa orang terbunuh tanpa menyatakan angka kematian sebenar.

“Tentera Cameroon melancarkan satu operasi selepas serangan itu,” tambahnya.

Penculikan tersebut merupakan yang terbesar oleh Boko Haram di utara Cameroon.

Pada Isnin lalu tentera Cameroon telah mematahkan serangan Boko Haram ke atas sebuah pangkalan tentera di utara negara itu dan membunuh seramai 143 anggota militan itu.


Pemerintah Nigeria sebelum ini dikritik kerana gagal menghalang kemaraan Boko Haram yang berjuang untuk menubuhkan sebuah negara Islam menurut fahaman mereka.

Dalam perkembangan terbaharu, tentera Cameroon telah membebaskan 24 daripada 80 tebusan berkenaan semalam.

“Mereka dibebaskan ketika tentera Cameroon menjejaki kumpulan penyerang tersebut yang menuju ke Nigeria,” kata jurucakap kementerian pertahanan, Kolonel Didier Badjeck.

Sehingga kini, keganasan yang dilakukan oleh Boko Haram telah meragut lebih 13,000 nyawa dan menyebabkan sekitar 1.5 juta penduduk menjadi pelarian di Nigeria. – AFP

https://www.youtube.com/watch?v=YgoA8G6RZF0

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori