Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Tentera Filipina Selamatkan 2...

KOTA KINABALU - Dua rakyat Malaysia yang diculik kumpulan Abu Sayyaf pada Julai...

Ibu Tunggal Tunai Impian...

NIBONG TEBAL - Walaupun permohonan untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Sains Malaysia (USM)...

Guru Di Chile Lancar...

SANTIAGO - Ribuan guru di Chile mengadakan mogok selama 24 jam kerana membantah...

Kambing Terjun Laut Rimas...

WASHINGTON DC - Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga. Seekor kambing gunung di negeri...

Bot Tunda Karam Di Sungai Yangtze, Lebih 20 Masih Hilang

Sebuah bot tunda  karam di Sungai Yangtze di timur China wilayah Jiangsu semalam menyebabkan lebih 20 orang penumpang kini masih gagal dikesan.

Sejak awal pagi tadi, pasukan penyelamat berjaya menyelamatkan tiga orang penumpang.

Menurut laporan agensi berita Xinhua, tujuh atau lapan orang penumpang yang turut hilang merupakan warga luar negara iaitu Singapura, India dan Jepun.

MENARIK – Pelajar Universiti Nanjing Beratur Panjang Masuk Perpustakaan

Ketika kejadian, bot itu membawa antara 24 dan 25 orang penumpang sedang dalam pelayaran ujian menguji laluan terusan Fubei pada kira-kira pukul 3 petang.

Menurut pihak berkuasa, operasi menyelamat mangsa hilang sukar kerana arus deras dan suhu air yang terlalu sejuk.

BotKaramChina_2

Petugas perubatan menanti di pelabuhan untuk merawat mangsa cedera dalam kejadian bot tunda karam di Sungai Yangtze di China. - Foto XINHUA
Petugas perubatan menanti di pelabuhan untuk merawat mangsa cedera dalam kejadian bot tunda karam di Sungai Yangtze di China. – Foto XINHUA

Gabenor Jiangsu, Zhang Lei dan Naib Pengarah Biro Maritim Kebangsaan China, Li Shixin berada di lokasi kejadian meninjau operasi mencari.

Para petugas diplomatik turut berada bersama mereka untuk menjalankan kerja mengenalpasti mangsa warga asing yang menaiki bot  berkenaan.


Xinhua melaporkan, pasukan penyelamat percaya ada mangsa masih terperangkap dalam kabin bot dan kini mereka cuba menggunakan kren untuk mengeluarkan bot berkenaan dari dasar sungai.

Seorang daripada penumpang yang berjaya diselamatkan, Wang Chenkai memberitahu Xinhua bahawa dia bertugas sebagai seorang penterjemah kepada seorang jurutera dari Jepun.

“Salah seorang daripada kami berada dalam kokpit, kami baru sahaja selepas selesai menguji enjin utama bot berkenaan apabila tiba air mula melimpah masuk ke dalam kapal,” katanya.

Wang terselamat selepas berjaya berpaut pada pam hidraulik dan sempat memegang erat jurutera itu tetapi kemudian genggamannya terlepas kerana bot itu sudah mula tenggelam.

Bot tunda itu dibina oleh syarikat Anhui Bengbu Shenzhou Machinery Co. Ltd Oktober lepas.

Pihak syarikat tidak memaklumkan kepada pihak berkuasa pelabuhan berkenaan pelayaran ujian itu mahupun laluannya. – MYNEWSHUB.CC

Pelancaran Bot Baru Tetapi Bot Terus Karam

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori