Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

WOW… Afgan Hadiahkan Rossa...

BENARKAH dua penyanyi terkenal kelahiran Indonesia, Datuk Rossa dan Afgan sedang hangat dilamun...

Pengawal Peribadi Bunuh Majikan...

GEORGETOWN - Seorang pengawal peribadi dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di...

Pesawat Terhempas Disiasat Menyeluruh...

IPOH - Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sedang menjalankan siasatan secara menyeluruh berhubung...

Fazley Dilantik Duta Pelancongan...

TAIPEI - Selebriti chef Datuk Fazley Yaakob dilantik sebagai Duta Pelancongan Halal, Taiwan...

BR1M: Lebih RM4.56 Juta Diagih Untuk Fasa Pertama Di Melaka

MELAKA – Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) berjumlah lebih RM4.56 juta sedang diagih kepada 5,369 penerima pada fasa pertama pengagihan itu di Melaka, kata Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron.

Beliau berkata daripada jumlah itu, seramai 3,036 orang menerima BR1M berjumlah RM2.58 juta di Melaka Tengah; Alor Gajah (1,427 penerima dengan jumlah RM1.21 juta), dan Jasin (906 penerima dengan jumlah RM770,100).

“Kita bersyukur kerana tahun ini kadar BR1M dinaikkan daripada RM650 kepada RM950 untuk isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah.

“Bagi isi rumah berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000, kerajaan meningkatkan kadar BR1M daripada RM450 kepada RM750 yang akan dilakukan dalam tiga fasa kecuali individu bujang yang dibayar sekaligus,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan BR1M kepada 79 penerima di Dewan Undangan Negeri Sungai Udang di Taman Bukit Terendak di sini, hari ini.


Dalam perkembangan lain, Idris mencadangkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini untuk mengkaji lanskap taman perumahan di kawasan pentadbiran mereka untuk ditukarkan kepada pokok buah-buahan.

Beliau berkata cadangan itu adalah bagi menambahkan lagi keceriaan dan keindahan persekitaran Melaka.

“Kita berhasrat untuk menghiasi taman perumahan dengan pokok-pokok buah-buahan, saya dapat idea ini apabila melawat ke Denmark, di seluruh bangunan kerajaan mereka tanam pokok epal.

“Saya cadangkan di Melaka kita tanam pokok mangga Melaka Best,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori