Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Adik Mangsa Nahas Duke:...

ADIK bongsu mangsa kemalangan Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (Duke), Faizznur Asyraf Husain, 25, mahu...

Anjing Jadi Anak Angkat...

SEPASANG suami isteri dari Australia ini ternyata mempunyai sifat humor yang tidak pernah...

Remaja Dakwa Dipukul Kerana...

KUANTAN - Seorang pelajar Tingkatan Dua mendakwa dibelasah oleh seorang pelajar tingkatan lima...

TNB Rugi RM3.2 Juta...

KUANTAN - Sebanyak 33 premis sekitar Kuantan diserbu Tenaga Nasional Berhad (TNB) kerana...

Cabaran Mustafa Ali: DAP Akui Rasa Tercabar!

KUALA LUMPUR – DAP mengakui parti itu berasa amat tercabar dengan kenyataan yang dibuat oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali secara terbuka ke atas Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng semalam.

Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Loke Siew Fook berkata, tindakan Mustafa mencabar Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang itu untuk berdebat seolah-olah ingin “membakar jambatan” hubungan PAS dengan DAP.

“Pendekatan yang diambil oleh Mustafa seolah-olah menganggap DAP sebagai musuh politik PAS dan bukan rakan dalam PR. Adakah ini taktik permulaan untuk memecahkan PR dari dalam? Adakah cabaran beliau mewakili pendirian rasmi PAS?,” soalnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Setiausaha Agung PAS semalam mencabar Guan Eng untuk bersemuka dengannya kerana tindakan Setiausaha Agung DAP itu mendakwa pemimpin PAS tidak jujur berhubung isu pelaksanaan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT).

Siew Fook dalam itu turut mempertikaikan tindakan Mustafa mencabar Guan Eng kerana pemimpin PAS itu didakwa tidak pernah mengemukakan cabaran seperti itu ke atas UMNO selama ini.

Sehubungan itu, beliau menasihati Mustafa memastikan dirinya dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi menghadiri Majlis Pimpinan Tertinggi PR untuk membincangkan isu berkenaan daripada membuat cabaran seperti itu.

Kata beliau, forum dalam Majlis Pimpinan Tertinggi PR lebih sesuai berbanding berdebat memandangkan isu yang timbul melibatkan pendirian parti masing-masing dan bukan soal individu.

Siew Fook turut mendakwa Mustafa sebenarnya tidak setaraf dengan Guan Eng untuk membuat cabaran seperti itu kerana jawatan Setiausaha Agung DAP adalah jawatan parti tertinggi dalam hierarki DAP sedangkan jawatan Setiausaha Agung PAS yang disandang Mustafa adalah jawatan lantikan oleh Presiden PAS.

“Mustafa telah melanggar adat dan protokol PR kerana pemimpin PAS itu tidak layak membuat cabaran itu ke atas Guan Eng walaupun mempunyai nama (jawatan) yang sama,” tegasnya.


Beliau turut mengulangi pendirian DAP bahawa pilihan raya PBT selari dengan Dasar Bersama PR yang tertera dalam Bab Demokrasi Telus dan Tulen seperti berikut:

“Mengukuhkan demokrasi kerajaan tempatan dan meningkatkan kecekapan serta keberkesanan sistem penyampaian dan menjamin ketelusan di semua peringkat secara demokratik.”

Justeru, katanya, PAS perlu komited dan patuh kepada Dasar Bersama PR yang telah dimeterai bersama termasuk oleh Presiden PAS sendiri.

Tegas beliau, adalah amat tidak bertanggungjawab sekiranya Setiausaha Agung PAS menggunakan isu pilihan raya PBT untuk menyerang DAP bahawa parti itu melaksanakan sesuatu yang bertentangan dengan dasar bersama berkenaan.

“Itulah sebabnya saya menegaskan bahawa Mustafa tidak boleh menyamakan isu hudud dengan pilihan raya PBT kerana DAP tidak pernah bersetuju dengan pelaksanaan hudud sejak hari pertama PR ditubuhkan dan tidak ada satu perkataan pun dalam Dasar Bersama PR yang menyentuh berkenaan dengan hudud tetapi PAS secara prinsipnya telah bersetuju untuk “mengukuhkan demokrasi kerajaan tempatan.

“Saya diarahkan oleh Setiausaha Agung DAP untuk membalas cabaran Setiausaha Agung PAS ini bagi pihak DAP,” katanya.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori