Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Ahli Parlimen Perancis Disiasat...

PARIS - Seorang Ahli Parlimen parti Presiden Perancis, Emmanuel Macron berdepan siasatan atas...

Palani, Kenapa Tak Buat...

LANGKAWI - Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi...

“Jangan Salah Faham, Saya...

AKIBAT sakit perut sehingga mengalami cirit birit, pelakon dan penyampai radio, Zulin Aziz...

10 Rakyat Tempatan Antara...

KOTA KINABALU - Seramai 22 lelaki termasuk 10 rakyat tempatan ditahan di Sabah...

Rakyat Penang Kena ‘Pau’ 90 Sen Masa Bayar Bil Air.. Motif??

PENDUDUK Pulau Pinang dikejutkan dengan berita mengenai Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBA) mengenakan caj ‘tersembunyi’ sebanyak 90 sen bagi pengguna yang membayar bil air di Pejabat Pos Malaysia.

Pengerusi Jawatankuasa Perwakilan Penduduk Bandar Sri Pinang, Soon Kok Wah berkata penduduk negeri itu keliru dengan caj tambahan yang dikenakan ketika membayar bil air di Pos Malaysia mulai 1 Jan lepas.

Difahamkan, PBA mendakwa caj tersebut telah dikenakan oleh Pos Malaysia dan bukannya pihakƃā€šĆ‚Ā mereka.

Namun yang menjadi persoalan adalah, jika benar Pos Malaysia yang mengenakan caj tersebut mengapa ia tidak diumumkan dan dilaksanakan di seluruh negara?

ayor kat penang wm

Adakah PBA cuba menyembunyikan ‘tangan’ apabila menuduh caj tersebut dikenakan oleh Pos Malaysia? Atau adakah Pos Malaysia cuba bersekongkol dengan PBA dalam caj tersembunyi ini?

Menerusi laporan Bernama, seorang pengguna meluahkan perasaan terkejut setelah menerima penyata bil yang sampai ke rumahnya 16 Januari lalu.


Menurutnya, pada bil tersebut tertera bahawa mulai 1 Januari 2015 caj sebanyak 90 sen akan dikenakan apabila membuat bayaran bil air melalui pejabat Pos Malaysia.

“Selalunya kalau bayar bil air di pejabat pos, tiada caj pun yang patut dibayar, tapi tahun ini lain pula jadinya. Saya paling senang kalau bayar bil dekat pejabat pos, hendak pergi tempat lain jauh, mana ada kenderaan, sekarang dicaj macam ini pula,” luah pengguna tersebut.

Caj tersembunyi itu nyata membebankan rakyat di negeri Pulau Pinang dan jika benar PBA danƃā€šĆ‚Ā Pos Malaysia telah bersekongkol dalam perkara ini, maka ia adalahƃā€šĆ‚Ā sesuatu yang tidak boleh diterima akal khususnya bagi rakyat berpendapatan rendah di negeri terbabit.

-MYNEWSHUB.CC

Oleh: hzqahmd

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori