DALAM arena peranti pintar, penggunaan lensa tambahan bukanlah perkara baharu.
Kebanyakan lensa tambahan yang dijual di pasaran adalah dari jenis magnetik yang dilekapkan pada lensa peranti. Bagaimanapun, sistem ini kurang mesra pengguna kerana ia boleh tertanggal dengan mudah dan hilang.
Kini, anda tidak perlu risau kerana cengkerang Puzlook sedia memberikan kelainan daripada kabanyakan lensa tambahan.
Puzlook ialah cangkerang dengan 5 lensa kamera terbina. Rekaannya mengingatkan kami kepada permainan teka-teki ketika di sekolah.
Lensa yang disertakan adalah lensa mata ikan (fisheye), sudut lebar 160°, sudut lebar 120°, telefoto 1.5x dan makro 8x.
Selain lensa tambahan, Puzlook turut mempunyai memori tambahan 8 Gigabyte, tetongkat mini serta pemalam tripod terbina.
Buat masa sekarang cangkerang ini hanya boleh digunakan oleh iPhone 5S tetapi ada perancangan untuk menghasilkan versi iPhone 6 di masa hadapan.
Yeah! Nampaknya seni fotografi kini tidak lagi terbatas kepada pengguna kamera kompak DSLR sahaja. -MYNEWSHUB.CC
Oleh: hzqahmd