Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Kejayaan Faiz Penanda Aras...

KUALA LUMPUR - Kejayaan Mohd. Faiz Subri meraih Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak...

Hazami Pesan Supaya Nabil...

KONSERT pertama Gegar Vaganza 4, minggu lalu, mencetuskan satu isu panas apabila pengacara...

Prasarana Jumpa APAD, DBKL...

SUNGAI BULOH - Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) akan mengadakan pertemuan dengan Agensi Pengangkutan...

Pemandu Langgar Empat Beranak...

KUALA LUMPUR: Pemandu pacuan empat roda yang tular di media sosial kerana melanggar...

Che Ta Teruja Untuk Hamil Lagi, Paling Awal Hujung Tahun Ini

FUH! Kagum kami dengan semangat pelakon dan pengacara, Rozita Che Wan atau Che Ta yang berhasrat untuk hamil lagi selepas ini.

Memetik laporan Murai.com, Che Ta merancang untuk menambah cahaya mata paling awal pada penghujung tahun ini. Keinginan itu mendapat sokongan suaminya, Zain Saidin yang sememangnya cukup suka kepada kanak-kanak.

(BACA: Gambar Majlis Aqiqah Baby Paling Popular, Aaisyah Dhia Rana)

“Kalau boleh dan jika ada rezeki saya mahu hamil lagi, paling awal hujung tahun ini. Yelah, nasihat doktor kalau saya mahu hamil perlu dalam masa beberapa tahun terdekat ini kerana usia saya pun sudah semakin lanjut.

“Kena ikut nasihat doktorlah macam mana, jika kesihatan dan keadaan mengizinkan, saya memang nak hamil lagi selepas Aaisyah besar sedikit,” katanya.

Bayi perempuan Che Ta dan Zain, Aaisyah Dhia Rana.
Bayi perempuan Che Ta dan Zain, Aaisyah Dhia Rana.

Che Ta sebelum ini pernah meluahkan rasa bimbangnya ketika mengandungkan Aaisyah kerana kali terakhir dirinya mengandung adalah 16 tahun lalu.


Nampaknya kebimbangan itu sudah berakhir, malah berganti dengan rasa teruja pula kini.

Bak kata orang, selagi ada peluang, selagi itu kita perlu mencuba. Tak gitu?
MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=Axv2OHcqLWo

Oleh: ELZA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori