Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

6 Bulan Untuk Kerajaan...

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan menjalankan kajian selama enam bulan terhadap projek Rangkaian...

Terengganu Sasar Muncul Juara...

KUALA TERENGGANU - Terengganu melaungkan keazaman untuk muncul juara Sukan Malaysia (Sukma) 2018...

10 Beradik Masuk Universiti...

SAN JOSE, CALIFORNIA – Sepasang suami isteri dari Amerika Syarikat yang tidak menghantar...

SPRM – Latheefa Koya:...

*BILA BERKUASA, SEGALA APA YANG DIPERJUANGKAN DULU DINODA*1. Kemeriahan menyambut ambang Aidil Fitri...

Cristiano Ronaldo Raih Anugerah Ballon d’Or FIFA

ZURICH – Cristiano Ronaldo dipilih sebagai pemenang Anugerah Ballon d’Or FIFA selepas prestasi menakjubkan dan luar biasa sepanjang 2014 pada majlis berprestij anjuran Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), di sini, awal pagi tadi.

Penyerang Real Madrid itu menyumbatkan 61 gol dalam 60 perlawanan untuk kelabnya tahun lalu, menjadi kapten ketika menjulang Liga Juara-Juara, Piala Kelab Dunia, Piala Super Eropah dan trofi Copa del Rey.

Ronaldo, 29, yang pernah meraih anugerah itu pada 2008 dan 2013, menewaskan pencabar dari Barcelona, Lionel Messi dan penjaga gawang Jerman, Manuel Neuer, yang membantu Jerman menjulang Piala Dunia di Brazil.

Ronaldo meraih anugerah berkenaan dengan undian sebanyak 37.66 peratus mengatasi Messi (15.76 peratus) dan Neuer ( 15.72 peratus), menerusi undian yang disertai kapten skuad kebangsaan, jurulatih dan wartawan di kalangan 209 keahlian FIFA.

“Memang pencapaian terbaik bagi tahun itu (2014),” katanya pada majlis anugerah berkenaan.

Selain itu, jurulatih Jerman, Joachim Low, yang membimbing Jerman ketika menjulang Piala Dunia 2014 di Brazil, dipilih sebagai Jurulatih Terbaik Dunia FIFA 2014 untuk kategori bola sepak lelaki.


Bagi bola sepak wanita, pemenang Ballon d’Or ialah Nadine Kessler.

Pemain kelab Wolfsburg, Jerman berusia 29 tahun itu membantu pasukannya meraih gelaran Jerman dan Liga Juara-juara UEFA tahun lalu.

Jurulatih kelab Wolfsburg, Ralf Kellermann, menerima Anugerah Jurulatih Wanita Terbaik FIFA.

Sementara itu, gol pembukaan James Rodriguez untuk Colombia ketika menentang Uruguay di Stadium Maracana pada pusingan 16 terakhir Piala Dunia Brazil dipilih sebagai gol terbaik bagi 2014. – Agensi

https://www.youtube.com/watch?v=y8UGjizD3mw

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori