Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

PM Dan Isteri Ziarah...

JOHOR BAHRU - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Istana...

Kluster Baharu Covid-19 Di...

PUTRAJAYA - Kluster Batu, Perak dan Kluster Ramai-Ramai, Sabah merupakan kluster wabak koronavirus...

Video: Tikus Besar Curi...

SEBUAH rakaman video amatur yang menunjukkan seekor tikus gergasi yang mencuri sekeping pizza...

Program Makanan Sekolah Jepun...

MAKANAN yang dihidangkan oleh kantin sekolah awam di negara kita selalunya berupa nasi...

Cuaca Baik Dijangka Sokong Harga MSM

KUALA LUMPUR – Unjuran cuaca baik di negeri-negeri pengeluar minyak sawit mentah (MSM) utama minggu ini adalah satu berita baik kerana peladang akan dapat meneruskan kerja mereka.

Peniaga kanan minyak sawit Interband Group of Companies, Jim Teh, berkata walaupun pengeluaran MSM dijangka rendah ekoran kejadian banjir baru-baru ini, peladang dapat terus mengutip buah sawit mereka kerana cuaca telah bertambah baik.

“Saya harap pembeli luar akan mengambil kesempatan daripada situasi ini untuk membeli minyak lebih murah di sini berikutan kelemahan ringgit. Ini akan dapat mengurangkan inventori MSM,” katanya.

Beliau berkata, paras sokongan dijangka berada antara RM2,250 dan RM2,300 satu tan metrik.

Bagi asas Jumaat ke Jumaat, bulan semerta baharu Februari 2015 turun RM10 kepada RM2,348, Mac 2015 susut RM19 kepada RM2,329, April 2015 jatuh RM14 kepada RM2,312 manakala Mei 2015 berkurangan RM25 kepada RM2,284 setan metrik.


Jumlah dagangan bagi minggu yang baru berakhir ini berjumlah 251,913 lot, meningkat daripada 212,399 lot pada minggu sebelumnya, manakala kepentingan terbuka naik kepada 78,450 kontrak pada Jumaat daripada 40,857 kontrak sebelumnya.

Di pasaran fizikal, Selatan Januari tidak berubah pada RM2,360 satu tan metrik.

– BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Cuaca

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori