Niatnya mungkin mulia untuk menyelamatkan ibunya dari menjadi mangsa belasahan bapa sendiri, namun keputusan mahkamah tidak menyebelahinya apabila dia dijatuhkan hukuman penjara selama 6 tahun.
Benjamin Wilson dijatuhi hukuman tersebut setelah bertindak memukul bapanya sendiri menggunakan tukul besi.
Menurut laporan, dia yang terdengar jeritan ibunya di bilik tidur bergegas ke situ sambil membawa senjata sebelum memukul Craig, 46, yang sedang mengasari ibunya.
Dia telah memukul bapanya sebanyak lima kali di bahagian kepala dan muka sebelum beredar dari rumah. Namun, dia kemudiannya menyerah diri dan membuat pengakuan membunuh lelaki tersebut.
Berdasarkan laporan autopsi, Craig mengalami kecederaan teruk apabila otaknya mengalami kerosakkan manakala tengkoraknya pecah dan berlubang.
Pada awalnya, Mahkamah Teesside Crown menjatuhi Wilson hukuman selama 12 tahun, namun kemudiannya mengubah keputusan kepada 6 tahun setelah hakim berpendapat, tindakan tersebut dilakukan kerana provokasi dari Craig.
Sementara itu, hukuman penjara yang dikenakan telah menimbulkan ketidakpuasan hati dalam kalangan masyarakat setempat.
Lebih 47,000 tandatangan diraih dalam satu petisyen yang dibuat bagi membantah keputusan mahkamah terhadap Wilson dan menggesa dia dibebaskan. – MYNEWSHUB.CC
Pelajar China Bunuh Diri Ketika Sedang Menduduki Ujian Di Dalam Kelas
https://www.youtube.com/watch?v=KWBwg4YXxUo