Tuesday, October 29, 2024

Creating liberating content

Mohd Zawawi Mengundi Di...

SHAH ALAM - Calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai...

Aung San Suu Kyi...

KUALA LUMPUR: Mahkamah junta Myanmar hari ini menjatuhkan hukuman penjara empat tahun kepada...

Pembeli Perlu Fahami Dasar...

SEREMBAN - Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin menasihatkan pembeli supaya memahami...

Tanggung Kesalahan Seumur Hidup...

KUALA LUMPUR - Individu yang membuat laporan palsu kehilangan kad pengenalan (IC) kononnya...

Dadah: 2 Rakyat M’sia Ditahan Di Pusat Pemeriksaan Woodlands

SINGAPURA – Dua rakyat Malaysia ditahan kerana disyaki menyeludup lebih 9 kilogram dadah jenis heroin di Pusat Pemeriksaan Woodlands.

Satu kenyataan bersama oleh Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) dan Biro Narkotik Pusat (CNB) berkata penahanan mereka dibuat semasa pegawai ICA menjalankan pemeriksaan rutin ke atas kenderaan yang berdaftar di Malaysia yang dinaiki mereka pada 7.30 pagi semalam.

Kenderaan itu dipandu seorang lelaki rakyat Malaysia berumur 28 tahun. Hasil pemeriksaan, pegawai berkenaan menemukan paket berisi serbuk berwarna coklat dipercayai heroin di bawah tempat duduk penumpang bahagian belakang.

Pegawai CNB kemudian dimaklumkan mengenai kejadian itu.


Dua puluh paket heroin, dengan anggaran berat 9,270 gram yang bernilai lebih daripada S649,000 (S1-RM2.64) di pasaran gelap, dirampas.

Pegawai CNB kemudian menjalankan siasatan susulan dan menahan seorang lelaki rakyat Malaysia berumur di kawasan berdekatan Woodlands Town Garden yang dipercayai bersubahat dengan lelaki rakyat Malaysia yang berumur 28 tahun itu.

Jika sabit kesalahan, mereka berdepan hukuman mati. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori