Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Banjir Kilat Di Beberapa...

KLANG - Hujan lebat yang berterusan sejak awal pagi tadi mengakibatkan beberapa kawasan...

Ibu Pejabat UMNO Terima...

KUALA LUMPUR - Ibu pejabat UMNO hari ini menerima sumbangan sebuah bas daripada...

Rakyat Johor Peluang DAP...

KUALA LUMPUR - Rakyat Johor akan menjadi penentu kepada usaha pembangkang bagi menumbangkan...

Volkswagen Malaysia Rancang Eksport...

VOLKSWAGEN Group Malaysia Sdn Bhd merancang mengeksport Jetta dan Polo Sedan yang dipasang...

AS Dakwa Berjaya Bunuh 6,000 Anggota Militan IS

WASHINGTON – Pemerintah Amerika Syarikat (AS) percaya berjaya membunuh kira-kira 6,000 militan dalam sejumlah serangan udara terhadap kumpulan Islamic State (IS), kata beberapa pegawai pertahanan kelmarin.

Setiausaha Pertahanan AS, Chuck Hagel bagaimanapun memberi amaran supaya tidak menjadikan angka kematian sebagai kaedah untuk menentukan kemajuan dalam perang menentang IS.
Toyota Raikan Tahun Baru Cina dengan Rebat yang Menakjubkan !

Anggaran angka kematian militan IS dalam serangan udara pakatan AS itu pertama kali diumumkan oleh Duta Washington ke Iraq, Stuart Jones dalam satu wawancara yang disiarkan stesen televisyen Al-Arabia kelmarin.

Beberapa pegawai pertahanan AS mengesahkan bilangan tersebut tetapi menegaskan bahawa pihak tentera tidak meletakkan kepentingan mengenainya.

Setakat ini, tiada pengesahan bebas berhubung anggaran kematian tersebut, manakala jumlah kematian orang awam dalam serangan udara pakatan AS itu juga masih tidak dapat dipastikan.

Bagaimanapun, jika angka tersebut tepat, keadaan itu membayangkan pakatan AS berjaya menyebabkan kemusnahan besar terhadap IS sejak serangan udara bermula di Iraq pada 8 Ogos dan Syria pada 23 September tahun lalu.


Jumlah kematian itu membayangkan serangan udara pakatan AS telah membunuh antara 20 hingga 30 peratus pejuang kumpulan militan itu.

Agensi Perisikan Pusat (CIA) menganggarkan IS memiliki antara 20,000 hingga 31,500 pejuang tahun lalu.

Mengulas pendedahan itu, Hagel memberitahu pada satu sidang akhbar bahawa beliau tidak dapat mengesahkan angka kematian 6,000 militan tersebut.

Beliau bagaimanapun mengesahkan bahawa beribu-ribu pejuang IS terbunuh sejak pakatan AS melancarkan serangan udara.

“Kami tahu bahawa beribu-ribu pejuang IS telah terbunuh dan kami juga tahu bahawa beberapa pemimpin IS juga turut maut,” katanya. – AFP

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori