PROSES mediasi antara Skop Productions yang diwakili Datuk Yusuf Haslam dan anaknya, Syamsul Yusuf bersama penulis novel Elias Idris telah dilakukan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, pada Selasa.
Bagaimanapun proses ini menemui jalan buntu setelah kedua-dua pihak gagal mencapai persetujuan terhadap terma penyelesaian yang dicadangkan, sekaligus membuat kes ini dibawa ke perbicaraan.
[BACA INI: Penulis Saman Syamsul, Dakwa Filem Bohsia Ciplak Novelnya]
Kes itu disebut di hadapan hakim Datuk Hasnah Mohammed Hashim yang kemudiannya menetapkan 6 Februari depan sebagai tarikh pengurusan kes.
24 November tahun lalu, Elias, 63, menfailkan saman dengan menamakan Syamsul, 31, bapanya, Yusuf, 61, serta Skop Productions sebagai defendan.
Ketiga-tiga defendan didakwa menciplak novel Elias yang bertajuk Aku Bohsia sebelum dibawa ke layar perak menerusi filem bertajuk Aku Bohsia – Jangan Pilih Jalan Hitam yang diterbitkan pada 2009. -MYNEWSHUB.CC
Filem Bohsia 2009 – Arahan Syamsul Yusuf
https://www.youtube.com/watch?v=rkyCCxkopN0