Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Teliti Harumanis Elak Menjadi...

KUALA PERLIS - Jabatan Pertanian Perlis menasihatkan orang ramai supaya lebih teliti ketika...

MP Letak Jawatan Dikritik...

SEORANG Ahli Parlimen meletak jawatan selepas dikecam gara-gara adegan cuma mencium pengacara TV...

David Beckham Bidas Artikel...

BEBERAPA hari lalu, sebuah portal antarabangsa telah mengeluarkan sebuah artikel yang dikatakan telah...

Pelayan Wanita Berseluar Dalam...

PASTI ramai yang teruja melihat sebuah kafe yang dipenuhi dengan pelayan-pelayan wanita seksi...

Dakwaan Pembangkang Ekonomi Malaysia Teruk Tak Benar – Tok Pa

Dakwaan pembangkang bahawa ekonomi Malaysia sedang dilanda krisis adalah keterlaluan dan tindakan tidak bertanggungjawab!

Itu kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Ujar beliau, tindakan melulu pihak pembangkang yang menyamakan situasi ekonomi terkini negara dengan krisis pada tahun 1997/1998, adalah tidak berdasarkan fakta dan kajian yang cetek.

[BACA INI JUGA: PM Garis 6 Perkara Untuk Pacu Ekonomi, Lindung Kesejahteraan]

Memetik kenyataannya kepada pemberita di luar sidang Forum Ekonomi Dunia (WEF), “Seharusnya dalam hal-hal yang berkaitan dengan isu-isu pokok seperti ekonomi negara, hubungan kaum dan agama, kita harus ada pandangan yang sama.

Dalam hal ini, jelas pembangkang cuba untuk menjejaskan keyakinan rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa terhadap masa depan ekonomi Malaysia.

Ini merupakan satu tindakan yang tidak bertanggungjawab.”

Malaysia Markets


Beliau yang menyifatkan senario sekarang sebagai ‘cabaran’ terhadap ekonomi negara, namun berkata, ia jauh dari situasi yang pernah melanda negara 18 tahun dahulu.

Kita akui nilai matawang kita turun sekitar 10 hingga 11 peratus (ketika ini) tapi dahulu, nilai matawang daripada RM2.50 jatuh sehingga hampir RM5 berbanding dollar Amerika Syarikat.”

Menurutnya lagi, dahulu rizab negara turun mendadak namun sekarang, ia masih berbaki US$100 bilion.

Dulu bank kita menghadapi masalah besar, hari ini bank tidak mempunyai masalah besar, malah semua bank di Malaysia berada dalam keadaan kukuh dengan rizab dan kecairan amat tinggi.” – MYNEWSHUB.CC

Laporan Astro Awani – Cabaran Ekonomi Malaysia 2015

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori