Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

12 Anak Kapal Korek...

KUANTAN - Semua 12 anak kapal korek WTK1 selamat selepas terapung di lautan...

Bekas Aktres Porno Rusia...

BERLIN- Kisah viral menerusi laman Facebook versi Rusia, VKontakte baru-baru ini benar-benar mengerikan apabila...

Ahmad Razif Ulangi Keyakinan,...

KUALA TERENGGANU - Menteri Besar Ahmad Razif Abdul Rahman mengulang keyakinannya bahawa tiada...

Brazil Catat 1,176 Kematian...

RIO DE JANEIRO - Angka korban Covid-19 di Brazil meningkat sebanyak 1,179 dalam...

Dakwat Kekal: Mejar Zaidi Didapati Bersalah Langgar Protokol

KUALA LUMPUR: Seorang pegawai kanan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) didapati bersalah oleh Mahkamah Tentera terhadap dua pertuduhan melibatkan isu dakwat kekal semasa Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dan menyiarkan maklumat surat pertukaran kerjanya, dua tahun lalu.

Yang Dipertua, Kolonel Saadon Hassan yang mengetuai panel lima anggota bersidang menetapkan pukul 2 petang ini untuk menjatuhkan hukuman terhadap Mejar Zaidi Ahmad, 48.

Ketika ditanya oleh Saadon kata-kata terakhir sebelum hukuman dijatuhkan, Zaidi menjawab:

“Saya tak nak cakap apa-apa, kita jumpa di mahkamah Allah.”

Selain dakwat kekal, Zaidi didapati bersalah memberikan kenyataan media tanpa meminta izin Majlis Angkatan Tentera dan menyiarkan Kawat tumpangan rasmi tentera.

Turut menganggotai panel tersebut ialah Leftenan Kolonel Zainurin Mohd. Dom, Mejar Khuzairi Mohd. Arshad, Mejar Khairul Nizam Taib dan Mejar S. Nadzeer Salehuddin.


Sementara itu, di luar mahkamah, Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul berkata, sekiranya hukuman yang dikenakan terhadap Mejar Zaidi ke arah yang lebih negatif, beliau akan membawa kes tersebut ke Parlimen.

“Saya sentiasa memberi sokongan kepada Mejar Zaidi, sekiranya beliau djatuhkan hukuman negatif, saya akan bawa kes ini ke Parlimen.

“Saya berharap mahkamah bersikap adil, sebagai contoh kalau kita lihat jenayah berlaku depan mata, oleh kerana pakai uniform (pakaian seragam) kita tak boleh lapor, kena melalui Markas? Mana boleh. Sama juga dengan jenayah pilihan raya,” katanya.

– FREE MALAYSIA TODAY

https://www.youtube.com/watch?v=mf-3W6Ta_tg

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori