Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Tidak Perlu Panggil Shahrir...

KUALA LUMPUR ā€“ Majlis Penasihat Kerajaan tidak akan memanggil kedua-dua bekas pengerusi Felda,...

Bapa Transgender Sanggup Buang...

SUDAH buang tebiat. Itu situasi yang melanda seorang lelaki transgender dari Kanada yang sanggup...

Klip Video Namewee: Polis...

KUALA LUMPUR ā€“ Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata Polis...

KAFA Rombak Pemain Jun...

KOTA BHARU - Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) tidak menolak kemungkinan melakukan rombakan...

DAP Tuduh Kerajaan Berniat Jahat Tak Isytihar Darurat

KUALA LUMPUR -DAP tetap menggesa Kerajaan Persekutuan mengisytiharkan darurat ke atas bencana banjir yang melanda beberapa kawasan Semenanjung Malaysia.

DISYORKAN BACA:

Guan Eng Sedang Syok Bercuti Di Eropah Ketika Banjir?

Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng mendakwa, kegagalan Kerajaan Persekutuan berbuat demikian kononnya satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab.

“Kerajaan Persekutuan nampaknya bertindak secara tidak bertanggungjawab dan dengan berniat jahat.

“Dengan bilangan yang begitu tinggi, seramai 250,000 orang mangsa perlu dipindahkan, adalah bilangan yang terbesar dalam sejarah; manakala kerugian berbilion ringgit tentunya mengharuskan pengisytiharan darurat ke atas bencana banjir ini,” dakwanya dalam satu kenyataan hari ini.

Penasihat Kerajaan dalam Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan, Tan Sri Dr. Rais Yatim baru-baru ini bagaimanapun menjelaskan pengisytiharan darurat tidak menguntungkan rakyat.


Pengisytiharan itu sebaliknya hanya akan menjejaskan aktiviti harian mereka kerana undang-undang darurat berbeza dengan undang-undang biasa.

“Apabila dilaksanakan rakyat tidak lagi bebas bergerak selain tidak dapat menjalankan aktiviti harian seperti biasa,” katanya.

Rais turut menjelaskan darurat boleh diisytihar sekiranya negara benar-benar berdepan dengan isu keselamatan, ketenteraman dan ekonomi yang meruncing. – mynewshub.cc

https://www.youtube.com/watch?v=mOhoCA-QShs

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori