WALAUPUN pernah dihimpit gosip berlaku pergolakan rumah tangga, namun baik aktres Diana Rafar mahupun suaminya, pelakon drama Zamarul Hisham lekas menepis isu tersebut.
Ia mula timbul apabila banyak pihak melihat Diana jarang memuat naik foto dirinya bersama Zamarul di laman Instagram, malah sering menghadiri majlis berseorangan.
Namun akhirnya, akhbar Berita Harian melaporkan Diana telah menfailkan penceraian ke atas Zamarul dan hal ini disahkan sendiri oleh pelakon filem Susuk itu, pada Khamis.
“Ya, saya sudah menfailkan penceraian sekitar jam 1 tengah hari tadi. Bagaimanapun saya tidak mahu mengulas lanjut punca perpisahan kami buat masa ini. Saya reda dengan apa yang terjadi,” kata Diana.
Pasangan tersebut telah bernikah pada 2009 dan mempunyai seorang anak lelaki berusia lima tahun, Kashfi Haikal.
Dalam pada itu menerusi Instagramnya semalam, Zamarul dilihat memuatnaik satu gambar Diana bersama anaknya dengan kapsyen, “Maaf Mama sebab tak sempat habiskan makan with you n Kash.”
Apa-apapun, usahlah kita membuat sebarang spekulasi dan doakan saja yang terbaik buat pasangan ini dalam mencari perdamaian rumah tangga. – MYNEWSHUB.CC
Diana Rafar Pelakon Utama Filem Seram Susuk
https://www.youtube.com/watch?v=cpFIGvGvpPo