BEIJING  Akibat tidak tahan nafsu melihat punggung dua orang penumpang wanita cantik, seorang lelaki ditahan polis China kerana melancap sebelum sempat memancutkan air mani terhadap mangsa, lapor akhbar tempatan pada Selasa.
Kejadian dilaporkan berlaku pada Khamis lalu kira-kira pukul 8.30 pagi di dalam gerabak kereta api bawah tanah yang penuh sesak di Shanghai dan ini merupakan kes kali kedua melibatkan lelaki pelancap kemaluan sendiri di bandar raya itu.
Menurut akhbar, suspek sebelum ditahan pihak polis dilihat oleh beberapa penumpang lain sedang leka meraba-raba punggung dua orang wanita yang agak seksi ketika tren bawah tanah Laluan II baharu tiba di stesen Chaoyang Road.
Geram melihat aksi bersahaja suspek, mereka kemudian segera menahan lelaki itu ketika dia cuba menggosokkan zakar untuk melancap dan nyaris memancutkan air mani dari kemaluannya ke atas tubuh wanita berkenaan.
Suspek yang tidak didedahkan identitinya itu diserahkan kepada anggota polis tempatan sebaik sahaja kereta api tersebut sampai di stesen Jiangsu dan dia dilaporkan telah ditahan reman selama lima hari sebelum dibebaskan dengan ikat jamin.
Pada November tahun lalu, seorang lelaki dituduh di mahkamah atas dakwaan melakukan pelancapan dan ketika saat ejakulasi, sperma suspek berjaya dipancut mengenai tubuh seorang perempuan di eskalator stesen Shanghai Circus World.
Sebenarnya di China memang ada pun pertandingan melancap peringkat kebangsaan (lihat gambar atas) dengan peserta terbaik yang mampu melakukan aksi pelancapan paling lama dianggap sebagai pemenang utama. – Agensi
ÂÂ