Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Maxis Didakwa ‘Pilih Bulu’...

MAXIS, salah satu pembekal telekomunikasi utama di Malaysia, dikritik kerana dikatakan memberi tawaran menarik atau...

2 Lelaki Dituduh Minta...

SEREMBAN - Dua lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Khas Rasuah di sini...

One Direction Berlakon Iklan...

BUAT peminat setia boyband One Direction (1D), anda kini boleh berbau harum persis...

Achey Bawa Baju Abam...

KITA kena kuat ya chey (Achey)... dapat semangat aku balik, demikian luahan sebak...

Dipenjara Kerana Rogol, Hisap Darah Remaja 40 Tahun Lalu

SELEPAS lebih 40 tahun berlalu, sepasang warga emas berusia sekitar 60-an di South Wales tidak menyangka perbuatan keji mereka mendera dan memperkosa seorang wanita sewaktu zaman remaja dahulu terbongkar.

Dalam kejadian yang berlaku antara tahun 1072 hingga 1975 itu, mangsa baru berusia 11 tahun apabila diajak oleh pasangan Carolee dan Albert Hickman ke rumah mereka.

Pasangan itu kemudiannya menakutkan mangsa dengan mengatakan mereka merupakan pengamal ilmu hitam dan mampu membunuh ibunya yang sedang menderita penyakit kanser melalui sumpahan jika dia tidak menuruti arahan mereka.

Bimbang dengan ugutan itu, mangsa merelakan segala perbuatan mereka termasuklah menghisap darahnya.

Mangsa memberitahu, Carolee menghiris ibu jarinya dengan sebilah pisau khas dan menghisap darah yang menitis sebelum menahan tubuhnya agar Albert dapat melampiaskan nafsu ke atas dirinya.

Di Mahkamah Merthyr Crown, Hakim Daniel Williams menyifatkan penderaan pasangan itu terhadap mangsa memusnahkan kehidupannya yang sehingga kini tidak dapat tidur dengan lampu tertutup.

“Kamu memberitahu mangsa bahawa kamu adalah ahli sihir yang mempunyai kuasa sehingga dia sentiasa kembali ke rumah kamu kerana takut dengan ugutan.


“Tidak wajar untuk kita menganggap kejadian ini sebagai ‘sejarah’ kerana mangsa masih bergelut untuk melupakan kesannya sehingga hari ini,” katanya.

mahkamah

Pendedahan hanya dilakukan pada 2011 ketika mangsa menghadiri sesi kaunseling bagi menghadapi tekanan psikologi yang dihadapinya.

Pasangan itu dijatuhi hukuman penjara selama 17 tahun setiap seorang. -MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=g2TldJR5Ua8

Oleh: ELZA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori