Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Rindu Tok Wan, Si...

HARI ini tular satu video yang menyayat hati di laman Facebook. Video itu menunjukkan...

Malaysia Perlu Mohon Maaf...

KEMENTERIAN Pemuda Dan Olahraga (Kemenpora) Indonesia akan meminta penjelasan Persatuan Sepak Bola Seluruh...

Universiti Awam Perlu Pertingkat...

KUALA LUMPUR - Universiti Awam (UA) perlu berusaha meningkatkan dana tabung wakaf masing-masing...

Kaki Warga Emas Tersepit...

IPOH - Kaki seorang warga emas tersepit pada ruang atas siling rumahnya di...

Dituduh Mencuri, Anak Yatim Piatu Mati Dipukul Di Pulau Pinang

BETUL-BETUL tak berhati perut!

Hanya kerana dituduh mencuri sesuatu daripada majikannya, seorang remaja telah dipukul sehingga mati.

Mayat individu tersebut yang berusia 16 tahun ditemui dengan kesam lebam dan berbirat di seluruh tubuh, dipercayai akibat dibelasah di sebuah premis mencuci kenderaan di Lebuh Carnarvon, malam tadi (Rabu).

Apa yang menghibakan, remaja malang itu, Muneeswaran, merupakan seorang anak yatim piatu.

[BACA INI JUGA: Mahkamah: Pesakit Mental Didakwa Bunuh Ibu]

Menurut Datuk Mazlan Kesah, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, pihak polis kini sedang menyiasat tempoh remaja itu telah bekerja di premis tersebut kerana mangsa masih berada di bawah jagaan sebuah rumah anak yatim persendirian di Jalan Scotland.


Memetik kenyataannya di portal The Rakyat Post, “Polis percaya lebih dari dua suspek terlibat dan kami turut menemui kerusi plastik yang telah patah dan kabel elektrik sepanjang 0.9 meter dipercayai digunakan untuk memukul mangsa.”

Susulan itu, beliau memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat supaya tampil membantu siasatan. -MYNEWSHUB.CC

Lagu Nyanyian Allahyarham Tan Sri P. Ramlee Tentang Anak-Anak Yatim

https://www.youtube.com/watch?v=JEHdLRQwwN4

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori