Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Liga Super: Selangor Mahu...

KUALA LUMPUR – Selangor tekad memastikan kemarau tujuh tahun tanpa kemenangan ke atas...

“Saya Tak Berniat Buat...

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Osman Sapian sekali lagi menegaskan beliau tidak...

Lelaki ‘Kantoi’ Mengintai Wanita...

Chukai - Gelaran lelaki miang sesuai menggambarkan tindakan seorang lelaki berstatus suami apabila...

Masjid Melayu Lebuh Acheh...

GEORGETOWN - Masjid Melayu Lebuh Acheh, sebuah masjid berusia 207 tahun yang menjadi...

Dua Beradik Hilang Berjaya Ditemui Pukul 5 pagi

SEJAK kelmarin wajah dua beradik telah menjadi viral apabila giat dikongsikan di laman sosial ekoran ibu mereka mendakwa kedua-duanya dilaporkan hilang di Taman Daya, Johor Bahru.

Berita terbaharu, pihak polis memaklumkan dua beradik berusia lapan dan sebelas tahun itu telah berjaya ditemui pukul 5 pagi, pada Jumaat.

Menyingkap kembali kejadian, Mohd Iman Zafri dan adiknya Nur Alysyah Zalfiera tidak pulang selepas meminta kebenaran untuk ke kedai berdekatan membeli minuman pada malam Rabu.

Ketika kejadian, ibu mereka dikatakan sedang mengajar mengaji di bangunan rumah kedai tersebut.

Menurut ibu saudara mangsa, Azrizah Ahmad, 44, keluarganya menerima panggilan daripada pihak polis pagi tadi memaklumkan kanak-kanak berkenaan sudah ditemui.


Difahamkan, ibu bapa mereka akan dibenarkan menemui kanak-kanak tersebut selepas pemeriksaan kesihatan dilakukan pihak berkuasa.

Memetik laporan mStar Online, setakat ini, punca kehilangan dua beradik itu dan di mana mereka ditemui juga masih belum didedahkan oleh pihak polis. - MYNEWSHUB.CC

VIDEO KANAK-KANAK HILANG DITEMUI (Kes lain)

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori