Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Bayi 4 Tangan 4...

NEW DELHI — Seorang bayi lelaki di India yang lahir tidak normal, dengan empat...

Atipsom: Polis Selamatkan Wanita...

NILAI - Polis menyelamatkan seorang wanita warga Indonesia berumur 44 tahun yang dilaporkan...

Altimet Nak Beri Peluang...

RATA-RATA peminat muzik tempatan sudah mengetahui bahawa penyanyi rap, Altimet bakal bersara daripada...

Rasuah: SPRM Tahan 3...

KUALA LUMPUR - Tiga pemain pasukan bola sepak Malaysian Indian Sports Council-Malaysia Indian...

Dua Beranak Maut Dalam Kemalangan Di Jalan Ipoh-Gerik

KUALA KANGSAR – Seorang pembuat batu nisan dan anak perempuannya maut dalam kemalangan di Kilometer 63, Jalan Ipoh-Gerik, di Liman Kati, di sini tengah hari tadi.

Mangsa dikenali sebagai Ahmad Tajudin Ishak, 51, dan anaknya Nurul Aunui, 12, manakala anak lelakinya Mohd Khalish, 12, serta rakannya Mohd Sohaimi Zakaria, 43, cedera ringan dan dimasukkan ke Hospital Kuala Kangsar.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar ACP Ghuzlan Salleh berkata Ahmad Tajudin maut di tempat kejadian manakala anak perempuannya meninggal dunia ketika mendapat rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, di sini.

Beliau berkata dalam kejadian 1 tengah hari itu, Ahmad Tajudin yang memandu sebuah van jenis Toyota Hiace sedang menghala ke arah Lenggong cuba memotong sebuah kenderaan lalu memasuki lorong bertentangan.


“Mangsa cuba mengelak sebuah motosikal yang datang dari arah bertentangan lalu hilang kawalan dan terbabas ke bahu kiri jalan menghala ke Lenggong. Semasa kejadian Ahmad Tajudin bersama dua anaknya dan seorang rakan,” katanya kepada Bernama.

Mangsa dipercayai sedang dalam perjalanan untuk menghantar tempahan batu nisan, kata Ghuzlan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori