Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Duterte Mahu Runding Minta...

PRESIDEN Filipina, Rodrigo Duterte meminta agar kumpulan militan melepaskan tebusan dan memulakan rundingan...

Lari Daripada Polis, Mat...

PENDANG – Usaha seorang penagih dadah veteran melarikan diri daripada polis membawa padah...

Siasatan Menyeluruh Ke Atas...

KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata...

Bomba Selamatkan Tiga Lelaki...

MUAR - Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) dari Balai Bomba dan Penyelamat Daerah...

Dua Lelaki Sesat Di Gunung Datuk Ditemui Selamat

REMBAU – Dua lelaki yang dilaporkan sesat di Gunung Datuk, dekat sini pagi tadi, ditemui selamat petang ini.

Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Rembau, Abdul Halim Abdul Malik, berkata kedua-dua sahabat berumur 25 dan 26 tahun itu dikatakan mula mendaki gunung itu pada 7.30 pagi dan dilaporkan sesat pada kira-kira 11 pagi.

“Mangsa dijumpai di kebun durian kira-kira dua kilometer dari gunung itu dalam keadaan selamat pada 4.10 petang. Lima anggota bomba, dua anggota polis dan empat anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) menyertai operasi mencari dan menyelamat mangsa.

“Difahamkan, kedua-dua lelaki itu tidak mendaftar terlebih dahulu sebelum mendaki gunung itu,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, ketika dijumpai mereka berada dalam keadaan baik dan tidak mengalami kecederaan. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Sesat

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori