Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

9 Cara Suami Boleh...

BAGI ibu yang memberikan anak mereka susu formula, bolehlah minta tolong suami buatkan...

Gambar Konsol Permainan Google...

SELAIN khabar angin mengenai Sony PlayStation 5 (PS5) yang bakal diperkenal tidak lama...

Pegawai Kanan Polis Bebas...

PUTRAJAYA - Seorang pegawai kanan daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah yang...

Anggota Bomba Cedera Terkena...

TAIPING : Seorang anggota bomba cedera akibat terkena serpihan letupan ketika operasi memadam...

2 Maut, 16 Hilang Kapal Filipina Karam Di Vietnam

DUA orang disahkan maut manakala 16 lagi anak kapal masih hilang apabila sebuah kapal laut kargo Filipina karam di perairan Vietnam hari ini.

Menurut kenyataan Kementerian Luar Filipina, kapal berkenaan Bulk Jupiter dilaporkan berlayar keluar dari pelabuhan di bandar Vung Tau, Jumaat lepas sebelum karam, memetik laporan Mstar Online.

Difahamkan, hanya seorang pekerja berjaya ditemui dalam keadaan selamat dalam insiden itu.

MENARIK – BASARNAS Yakin Temui Bangkai Pesawat AirAsia QZ8501

Vietnam kini mengetuai usaha mencari dan menyelamat (SAR) telah pun menemui dua mayat, manakala saki baki 16 orang lagi masih cuba dikesan.

Sementara itu, kenyataan Kedutaan Besar Filipina di Hanoi berkata usaha menyelamat akan diteruskan kerana kemungkinan untuk menemui mangsa yang hidup masih tinggi.


Tragedi kapal karam ini berlaku ketika operasi SAR mencari serpihan pesawat AirAsia QZ8501 masih dijalankan di kawasan Laut Jawa berhampira Selat Karimata selepas pesawat itu terhempas 28 Disember lepas.

Ia membawa 162 orang penumpang dan sedang dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura ketika kejadian. – MYNEWSHUB.CC

Video Kapal Bulk Jupiter Di Pelabuhan

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori