Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Warga Tawau Zahir Sokongan...

TAWAU - Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Sabah, Datuk Hamisa...

KPT Sedia Bincang Dengan...

TANJUNG MALIM : Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bersedia untuk berbincang dengan Perbadanan Tabung...

Wanita Thai Berkahwin Dengan...

SEORANG wanita dari Chachoengsao, Thailand, membuat kejutan apabila mengahwini teman lelakinya, Fiat, yang...

Impian Siti Nurul Hidayah...

KUALA PILAH - Impian seorang remaja yang menghidap sakit kronik, Siti Nurul Hidayah...

TMJ ‘Sound’ Editor Astro Arena Putar Belit Fakta

KUALA LUMPUR – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyelar editor sukan Astro Arena kerana didakwa memutarbelitkan fakta tentang penghantaran pemain Johor Darul Tak’zim (JDT), Gary Steven Robbat menjalani latihan dengan kelab terkemuka Jerman, Borussia Dortmund.

Titah Tunku Ismail, tindakan Astro Arena melaporkan JDT mengingkari keputusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak berasas dan membuktikan kelemahan media itu mendapatkan pengesahan daripada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) sebelum menyiarkan berita tentang usaha JDT tersebut.

“Surat rasmi daripada AFC menyatakan dengan jelas bahawa kuasa FAM yang menggantung pemain berusia 23 tahun itu hanya membabitkan dalam Malaysia sahaja.

“Seharusnya Astro Arena mendapat kesahihan dan melakukan rujukan yang lebih tepat kerana apa yang dilaporkan itu boleh mengelirukan malah sebagai penyiar media elektronik yang digembar-gemburkan sebagai nadi sukan utama perlu lebih berhati-hati dan tidak terlalu mengejar `rating’,” titah baginda.


Sementara itu, Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) dalam satu kenyataan memberitahu, Ketua Penyelidikan dan Perkhidmatan Sokongan Bahagian Pertandingan AFC, Steave Tae H. Kim berpuas hati dengan persiapan Stadium Larkin untuk aksi AFC.

PBNJ semalam memaklumkan JDT akan menghantar Gary Steven yang dikenakan hukuman gantung permainan dan larangan berlatih bersama JDT selama tiga bulan oleh FAM akan dihantar menjalani latihan ke Jerman sepanjang tempoh hukuman tersebut.

Beberapa media bagaimanapun melaporkan perbuatan itu melanggar peraturan tetapi FAM bersikap terbuka dengan membenarkan pemain itu berlatih dengan kelab terkemuka Jerman berkenaan. -MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori