KONTROVERSI yang tercetus antara Edry KRU dengan bekas vokalis kumpulan MOJO, Aweera seperti tiada tanda-tanda bakal berakhir.
Masing-masing bertindak menyalahkan dan mengkritik satu sama lain menerusi media meskipun vokalis baru kumpulan MOJO telah pun diperkenalkan.
Tanpa kehadiran Aweera ekoran kontroversi yang melandanya dengan Edry,ĆāĆĀ persembahan MOJO bersama band buskers OKU, Caliph Busker menerusiĆāĆĀ lagu Roman Cinta di pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke 29 (AJL 29) minggu lepasĆāĆĀ berjaya mendapat perhatian luarbiasa penonton.
Ekoran itu, AweeraĆāĆĀ begituĆāĆĀ berani mengeluarkan statement, mendakwa Edry bijak ‘berdrama’ bagi meraih simpati masyarakat Malaysia hingga kumpulan didiknya itu dipilih memenangi Persembahan Terbaik pada malam tersebut.
Susulan itu, Edry memandang serius perkara berkenaan dan mengumumkan bakal mengambil tindakan undang-undang kepada Aweera.
ĆĀ¢Ć¢āĀ¬Ć āApa yang saya boleh cakapkan di sini, pihak kami akan mengeluarkan surat peguam dalam masa terdekat. Jangan kerana mulut, badan pula binasa,ĆĀ¢Ć¢āĀ¬ĆĀ katanyaĆāĆĀ kepadaĆāĆĀ Harian Metro.
Edry berkata, keputusan tersebut diambil kerana bengang dengan sikap Aweera yang keterlaluan hingga asyik mengkritik dan merendah-rendahkan dirinya dan kumpulan MOJO menerusi media.
ĆĀ¢Ć¢āĀ¬Ć āSaya tidak faham kenapa dia perlu bertindak begitu, kenapa sikapnya seolah-olah hendak lihat Mojo gagal (dalam bidang nyanyian). Menerusi kenyataan-kenyataannya, dia tidak habis-habis hendak merendahkan kami,ĆĀ¢Ć¢āĀ¬ĆĀ tambah Edry.
Apa yang boleh kami katakan, moga konflik antara mereka ini berakhir dengan cara baik sebab industri seni kita ni bukannya besar sangat.
Bak kata Melodi, ‘Kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi!’ ĆāĆĀ -MYNEWSHUB