Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Semangat Wira Negara Tak...

KUALA NERUS - Detik menjadi sasaran pengganas Sulu yang mengacu senjata tepat ke...

Dah 3 Bulan Hilang.....

KUALA LUMPUR - "Tiada apa lagi yang saya harapkan pada tahun ini melainkan...

Pertemuan Bermakna Bekas Pegawai...

KUANTAN - Bagi pegawai Pengawal Pantai Jepun (JCG), Kapt. Yuji Yamamoto, latihan bersama...

Video Misteri, Penghadang Masjid...

JEMAAH Masjid Jamek Tedong, Melaka digemparkan dengan rakaman CCTV kejadian aneh, dua penghadang kayu...

Eminem Tunai Impian Peminat Sehari Sebelum Kematiannya

Siapa sangka penyanyi rap terkenal, Eminem berjaya menunaikan permintaan salah seorang peminat untuk bertemu dengannya sehari sebelum dia menghembuskan nafas terakhirnya, Isnin lalu.

Gage Garmo, 17, meninggal dunia akibat penyakit kanser tulang yang dihidapinya sejak tiga tahun lalu.

Pertemuan itu dilakukan melalui usaha sebuah organisasi kebajikan, The Rainbow Connection yang mempunyai objektif untuk merealisasikan permintaan pesakit kronik.

Eminem meluangkan masa selama dua jam berbual dengan Gage mengenai kecintaan mereka terhadap muzik rap dan bola sepak.

Pada masa yang sama, penyanyi itu meminta agar pertemuan pada hari Ahad itu dirahsiakan dari pengetahuan media kerana tidak mahu kediaman keluarga remaja di Detroit itu dikerumuni para wartawan.


“Gage bangun dengan senyuman di wajahnya. Keluarganya tidak pernah melihat senyuman segembira itu sejak sekian lama,” kata jurucakap organisasi, Ingrid Todt.

Biarpun remaja itu sudah tiada, keluarganya tetap melahirkan rasa terima kasih kepada Eminem kerana sanggup menunaikan impian terakhir anak mereka. – MYNEWSHUB.CC

Rakan-rakan Gage Garmo menyalakan lilin sebagai tanda peringatan pada malam dia meninggal dunia, Isnin lalu.
Rakan-rakan Gage Garmo menyalakan lilin sebagai tanda peringatan pada malam dia meninggal dunia, Isnin lalu.

https://www.youtube.com/watch?v=m6vzsZ4G6Dk

Oleh: ELZA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori