Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Mas Ermieyati Umum Sertai...

MELAKA - Anggota Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin, yang juga bekas...

Sharon Osbourne Dapat Inspirasi...

HOS televisyen popular, Sharon Osbourne turut mendapat inspirasi daripada bintang seksi siri realiti...

Pencemaran Sungai Selangor: 8...

KUALA LUMPUR - Lapan lelaki termasuk seorang pengarah syarikat membaiki dan menjual jentera...

The Curve Nafi Berlaku...

PIHAK pengurusan pusat beli belah The Curve menafikan kes penculikan hampir berlaku terhadap...

Emma Sah ‘Putus’ Dengan Zizan, Selalu Makan Hati Katanya!

SUDAH lama peminat hiburan tertanya-tanya tentang kisah cinta antara Zizan Razak dan Emma Maembong yang sekejap dikatakan sudah putus.. sekejap lagi masih elok.. tup-tup  dah putus pulak.

Namun akhirnya, desas-desus selama ini terjawab menerusi pengakuan empunya badan sendiri.

Siapa sangka, hubungan pasangan yang sering kelihatan bahagia ini tidak berpanjangan seperti diharapkan.

zizan2

Akui Emma, dia terpaksa reda bila kisah cinta yang diharap membawa ke jinjang pelamin akhirnya musnah sama sekali.

“Saya reda dengan apa yang terjadi. Keluarga saya sendiri tidak tahu dan mungkin hanya tahu melalui berita yang dikeluarkan wartawan saja.

“Mungkin selama ini orang lihat kami sebagai pasangan yang sweet tetapi mereka tak tahu apa yang saya lalui.

“Jika asyik berendam air mata saja buat apa diteruskan hubungan ini. Sampai bila saya nak makan hati,” kata Emma.

Pelakon jelita ini mendedahkan, hubungan cintanya dengan pelawak terkenal itu sudah lama goyang hinggalah dia nekad untuk mengakhirinya.


Emma berkata dia sememangnya mencintai Zizan dengan seikhlas hati namun mempunyai alasan tertentu mengapa bertindak demikian.

“Saya cintai dia selama ini ikhlas tapi pada satu tahap saya sudah tak mampu bertahan lagi dengan sikapnya,” ujar anak pelukis terkenal ini.

Sebelum ini, Emma pernah memuat naik status bertulis ‘I love you enough to let you go..’ di Instagram bersama judul lagu ‘Already Gone’ yang membayangkan hubungan cintanya dengan Zizan sudah pun berakhir.

Emma-Maembong-Minta-Putus-Dari-Zizan-Razak-ROTIKAYA-1000x6091

Walau apa pun yang berlaku, diharapkan kedua-dua selebriti ini mampu berbincang dan menyelesaikan masalah mereka secara baik.  –MYNEWSHUB.CC

DISYORKAN BACA : Video Seram: Rakan Dah Mati Dirakam Hadiri Parti Di Thailand

VIDEO EMMA DAN ZIZAN JAWAB JAWAB KES PUTUS MEREKA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori