Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Kenapa Wanita Malaysia Susah...

BUAT insan yang bergelar wanita di luar sana, percayalah, tips diet yang paling...

Piala FA: Selangor, PKNS...

KUALA LUMPUR - Selangor melangkah ke separuh akhir saingan Piala FA 2018 dengan...

Menantu Abdul Hadi Mualaf...

KUALA LUMPUR - PAS Pusat pada Khamis mendedahkan Presiden parti itu, Datuk Seri...

Saudi Fatwa Wanita Boleh...

RIYADH - Percaya atau tidak, wanita Arab Saudi bakal boleh menjalankan pernikahan pasangan...

Emma Maembong – ‘Tak Kisah Apa Dia Buat, Dia Tetap Ayah Kita’

BERMULA dengan kontroversi mengecam perkahwinan anaknya, Yaya Maembong yang dianggap berlebih-lebihan, nama pelukis terkenal, Ismail Maembong secara tiba-tiba panas dalam kalangan peminat industri hiburan tempatan.

Belum pun reda perihal perkahwinan itu, muncul satu lagi kenyataan daripada Ismail bahawa beliau menganggap Chacha sebagai anak derhaka susulan penjelasannya kepada media memberitahu, dia dan adik-beradiknya berpindah secara rela ke sebuah kondominium dan bukannya dihalau ke flat seperti didakwa oleh bapanya.

Itu belum termasuk luahan tidak puas hati Ismail terhadap pendapat Zizan yang juga merupakan kekasih anaknya, Emma Maembong mengenai isu majlis kahwin sederhana lagi..

(BACA: Pergeseran Chacha Maembong, Bapa Sekadar Salah Faham)

(BACA: Ismail Embong Tak Puas Hati Dengan Zizan Razak)

Pendek kata, satu demi satu isu yang ditimbulkannya sehingga ada peminat menganggap Ismail terlalu lantang bersuara sehingga menjejaskan hubungannya dengan anak-anaknya.

Bagaimanapun, luahan Emma menerusi akaun Instagram membuktikan kelantangan bapanya itu tidak sesekali mengurangkan rasa hormatnya terhadap pelukis itu.


Sebaliknya, dia menganggap ia sebagai lumrah bagi seorang bapa yang sedang meniti usia tuanya yang semakin mudah merajuk dan terasa hati.

http://instagram.com/p/yHw_21I9QK/?modal=true

 

Sejujurnya, kami tabik dengan kematangan Emma dalam menghadapi kemelut yang melanda keluarganya.

Harapnya, keluarga besar ini akan terus bersatu dan menyelesaikan setiap masalah yang berlaku sebaik-baiknya. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: ELZA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori