Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Pelajar Perubatan Malaysia Harumkan...

SERAMAI 10 orang pelajar perubatan dari Universiti Sains Malaysia-Karnataka Lingayat Education (USMKLE) tajaan Majlis...

Anggota Polis Maut Motosikal...

GOMBAK - Seorang anggota polis maut selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah kereta...

KWSP Umum Dividen Konvensional...

SHAH ALAM : Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini, mengumumkan agihan dividen...

Lebih 9,000 Banduan Peroleh...

MELAKA - Sebanyak 9,390 banduan memperoleh perintah parol sejak sistem itu dilaksanakan di...

Perdana Sedang Dikejar JPJ Langgar Kancil, 4 Wanita Maut?

EMPAT wanita maut apabila kereta Proton Perdana yang sedang dikejar penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berlanggar dengan kereta Perodua Kancil yang dinaiki mereka di Serkam Pantai, Melaka pada petang Jumaat.

Sumber polis berkata, kereta Perdana yang dikejar JPJ dari arah Merlimau itu memecut laju sehingga Jalan Bukit Gereja, Umbai sebelum memasuki arah bertentangan jalan dan merempuh kereta yang dinaiki keempat-empat mangsa tersebut.

MelakaEksiden_3

Astro Awani melaporkan, kejadian yang berlaku kira-kira pukul 4.15 petang itu telah mengakibatkan dua mangsa tercampak keluar manakala dua lagi tersepit dalam kereta tersebut.

Difahamkan kejadian membabitkan tiga kereta iaitu Kancil, Perdana dan sebuah lagi Proton Preve.

Seorang lelaki dan pemandu Perdana berkenaan dilaporkan cedera.


*TERKINI: Pihak JPJ menafikan kejadian di atas ada kena mengena dengan episod kejar mengejar salah sebuah kereta dengan mereka sebaliknya anggita JPJ terbabit cuma terserempak dengan kemalangan di atas lalu berhenti menghulurkan bantuan.

BACA: Bayaran Untuk Dapat Lesen Kereta, Motosikal Mungkin Turun 

-MYNEWSHUB.CC

Kemalangan Motosikal Di Jalan Cameron Highlands – Simpang Pulai 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori