Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Video: ‘Rempit Cilik’ Kena...

JAWA TIMUR - Video memaparkan seorang kanak-kanak berusia 5 tahun yang dirakam selamba...

Sesen Pun Jimmy Tak...

PADA Khamis lalu, Mahkamah Rayuan Syariah Shah Alam, Selangor telah memutuskan hukuman penjara...

Varian Delta Boleh Merebak...

KUALA LUMPUR - Varian baharu Delta boleh merebak dengan cepat dalam tempoh 15...

Ramdan Beraksi Wildcard Moto2...

PELUMBA muda dalam pembikinan, Mohd Ramdan Mohd Rosli bakal membuat penampilan pertama dalam...

Epal Gala, Granny Smith Di Labuan Bukan Dari Amerika

LABUAN – Orang ramai tidak perlu bimbang untuk membeli atau makan epal Gala dan Granny Smith yang dijual di sini.

Ini kerana epal jenis itu bukan berasal dari California, Amerika kerana Kementerian Pertanian dan Asas Tani menghalangnya dibawa masuk ke Malaysia.

Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan Dr Ismail Ali berkata, Unit Penguatkuasaan jabatan itu mengesan kehadiran dua epal jenis itu di pulau bebas cukai tersebut pada Disember lepas tetapi ia diimport dari Afrika Selatan, Itali dan Perancis.

“Kami mengesan epal jenis itu melalui pintu masuk di sini, tetapi ia bukan dari California.

“Bagaimanapun, pengguna perlu berhati-hati sekiranya mereka mengalami simptom Listeriosis seperti demam kuat, sakit kepala teruk, loya dan kejang leher,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.


Kementerian itu menyekat kemasukan epal Gala dan Granny Smith dari Amerika ke negara ini kerana ia disyaki dicemari bakteria Listeriosis Monocytogenes.

Epal dari California dikatakan menyebabkan tiga kematian dan banyak pengguna di Amerika dan Kanada jatuh sakit. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • epal

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori