Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Usaha Dari Bawah, Raysha...

PELAKON baharu Raysha Rizrose memberitahu bahawa dia tidak berasa terkilan apabila namanya masih...

Haqiem Rusli Bakal Buat...

WALAPUN baru-baru ini dikritik peminat berikutan kegagalan mencapai nada tinggi ketika persembahan langsung,...

Pendedahan SPRM Belakangkan Kedaulatan...

SHAH ALAM - Pendedahan kandungan sembilan rakaman audio panggilan telefon oleh Suruhanjaya Pencegahan...

Seramai 56 Pelarian Rohingya...

ALOR SETAR - Seramai 56 pelarian Rohingya berusia dua hingga 46 tahun tiba...

Tercemar Bakteria, Epal Gala & Granny Smith Disekat Masuk M’sia

BERA – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menyekat kemasukan epal jenis Gala dan Granny Smith dari Amerika Syarikat ke Malaysia kerana dipercayai tercemar oleh bakteria Listeriosis, kata Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata sekatan itu dilakukan oleh Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) selepas notis berkaitan pencemaran itu diterima kementerian dua hari lalu.

“Kita menerima notis daripada Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA) Amerika yang memaklumkan tentang insiden pencemaran itu dan difahamkan ia telah menyebabkan tiga kematian dan ramai yang sakit di Amerika dan Kanada,” katanya.

Ismail Sabri berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Program Servis Motosikal Pasca Banjir Parlimen Bera di sini, pada Sabtu.

Bagaimanapun, beliau berkata kementerian tidak mempunyai bidang kuasa untuk menarik semula epal jenis itu yang telah berada di Malaysia, kerana ia melibatkan soal pemakanan di bawah Kementerian Kesihatan.

Isu berkaitan larangan pengambilan epal terbabit telah tersebar di laman sosial sejak beberapa hari lalu.


Malah sebuah portal media turut melaporkan bahawa penularan bakteria itu dikesan di sebuah pusat pemprosesan epal Bidart Bros dekat Bakersfield, California melibatkan epal yang disaluti karamel.

Sementara itu, Ismail Sabri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bencana Negeri Pahang berkata pihaknya sedang menyelaras jumlah mangsa yang terperangkap banjir, melibatkan 23,000 keluarga bagi tujuan pengagihan wang ihsan RM500.

“Kita juga sedang mendapatkan maklumat lanjut mengenai rumah yang rosak atau terjejas teruk semasa banjir untuk tujuan pembinaan rumah sementara dan rumah baharu kepada mereka,” katanya.

Pada program itu, sebanyak 350 buah motosikal yang rosak akibat banjir dibaiki secara percuma, melibatkan usahasama antara Shell Malaysia, Naza Motor Trading Sdn Bhd dan GiatMara. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori