Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Kertas Siasatan Kes Musa...

KUALA LUMPUR - Polis dijangka menyerahkan kertas siasatan melibatkan Tan Sri Musa Aman...

Majlis Penghargaan Wira Merah...

KUALA LUMPUR - Majlis Penghargaan Wira Merah yang dijadualkan esok (Rabu) ditangguhkan ke...

Bos PNB Dedah Bahaya...

MUNGKIN ramai maklum dengan manifesto Pakatan Harapan (PH) mahu hapus cukai barang dan...

Edisi Pertama Harry Potter...

LONDON - Peminat mampu memiliki edisi pertama ‘Harry Potter and the Philosopher's Stone’...

Eric Paulsen, JAKIM Ditawar Peluang Berdebat Di TV

ISU antara Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan Pengasas Lawyers For Liberty, Eric Paulsen nampaknya memasuki fasa baharu apabila kerajaan memberi peluang kepada Eric dan JAKIM berdebat di televisyen.

Peluang itu dimaklumkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan beliau menganggap ruang sebegitu perlu kerana Paulsen bertanggungjawab menjelaskan kenyataannya di Twitter sebelum ini.

Eric yang juga seorang peguam, telah menulis satu tweet mengatakan bahawa JAKIM mempromosikan fahaman ekstrem pada setiap Jumaat.

BACA JUGA – TPM Gesa Pihak Bertanggungjawab Siasat Eric Paulsen

“Eric perlu jelaskan kepada orang ramai mengenai kenyataannya di Twitter, tak semestinya dalam TV tapi kalau ada stesen yang ingin benarkannya.

“Saya rasa tak ada masalah dan setuju kalau Jakim kata “Ok kita berbahas” dan minta Eric datang ke stesen TV, beritahu apa yang dimaksudkan dengan kenyataannya bahawa Jakim menggalakkan keganasan melalui khutbah setiap Jumaat,” kata Shabery.

Beliau ditemui selepas melancarkan identiti jenama baharu Pos Malaysia di ibu negara, pada Khamis.

Shabery berkata beliau terbuka sekiranya terdapat mana-mana stesen televisyen mahu menyiarkan debat itu secara langsung termasuk Radio Televisyen Malaysia (RTM) asalkan kesemua pihak bersetuju.

“Tak ada masalah, Parlimen pun kita benarkan ‘live’. Saya minta Jakim pun ada sama, kalau Jakim setuju saya rasa tak ada masalah.


“Dalam konsep kebebasan bersuara saya kira tak jadi masalah jika pihak stesen TV atau RTM merasakan perlu diberikan platform untuk penjelasan dan membenarkan Eric menerangkan apakah yang dikatakan ekstremisme oleh Jakim pada setiap hari jumaat,” kata beliau.

Kenyataan Eric di Twitter sebelum ini, telah menyemarakkan kemarahan umat Islam di negara ini sehingga ada laporan polis dibuat. Susulan itu Eric ditahan polis dan direman selama dua hari.

“Tiba-tiba Eric kata Jakim yang ekstrem, dia perlu jelaskan, bukan keluarkan satu kenyataan, orang marah dan sebagainya, dia diam saja.

“Penyokongnya jangan marah polis, sebaliknya marah Eric kerana dia bertanggungjawab menjelaskan, bukan dengan hanya satu kenyataan yang mengundang kemarahan orang ramai dan dia seronok orang marah,” kata Shabery lagi. – MYNEWSHUB.CC

Khutbah Jumaat Di Masjid Negara

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori