Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Peruntukan RM10.85j Pulihkan Kualiti...

GEORGE TOWN - Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar memperuntukkan RM10.85 juta untuk...

Video: 4 Wanita Muda...

BATU PAHAT - Aksi licik empat wanita yang berkomplot untuk mencuri di sebuah...

Pejalan Kaki Maut Dilanggar...

KOTA BHARU : Seorang pejalan kaki maut selepas dilanggar sebuah kenderaan pebagai guna...

Kira-Kira Sejuta Pengunjung Banjiri...

PUTRAJAYA - Kira-kira satu juta pengunjung tempatan dan luar negara dijangka membanjiri Festival...

Eric Paulsen Dibebaskan Dengan Jaminan Polis Hari Ini

KUALA LUMPUR – Kertas siasatan berhubung kes peguam Eric Paulsen yang menuduh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mempromosi fahaman ekstremis akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara tidak lama lagi, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohmad Salleh.

“Kita akan hantar secepat mungkin. Kalau boleh, kita nak hantar esok,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, Mohmad berkata Paulsen dibebaskan hari ini dengan jaminan polis selepas direman dua hari.

Tweet Eric memaklumkan berkenaan pembebasannya di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi hari ini
Tweet Eric memaklumkan berkenaan pembebasannya di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi hari ini.

Paulsen menerusi catatan di laman twitternya dalam bahasa Inggeris pada Jumaat lepas yang membawa maksud “Jakim sedang menggalakkan ekstremisme pada setiap Jumaat dan kerajaan perlu menanganinya jika serius mahu membanteras ekstremisme di Malaysia”.

Bagaimanapun, kenyataan itu telah dipadam setelah mendapat kritikan daripada pelbagai pihak.


Empat hari kemudian (Isnin lalu), Paulsen ditahan di Brickfields kira-kira pukul 9 malam.

Kes Paulsen disiasat mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan dan dikendalikan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia. – BERNAMA

Video Ucapan Eric Paulsen Tentang Akta Hasutan 1948

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori