Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

‘Rugi Anak Melayu Tak...

SONGKOK yang dipakai menjelaskan semangat ‘Melayu’ yang begitu menebal dalam diri beliau. Tutur...

Bantuan Kerajaan BN Tidak...

BAGAN DATUK - Kerajaan Barisan Nasional (BN) menyalurkan bantuan kepada rakyat secara berterusan...

Pasangan Diraja British Akhiri...

KUCHING - Prince of Wales, Putera Charles dan pasangan baginda Duchess of Cornwall,...

Agong Pembida Tertinggi Plat...

KANGAR - Nombor pendaftaran siri baharu plat RR di Perlis meraih sambutan hangat,...

Eric Paulsen Direman Selama Dua Hari Bermula Hari Ini

Pengasas Lawyers For Liberty (LFL) Eric Paulsen yang ditahan polis semalam, ditahan reman selama dua hari bermula hari ini dan dijangka dibebaskan esok.

Penahanannya dilakukan polis bagi membantu siasatan berhubung dakwaan dia ke atas khutbah Jumaat yang disediakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dikatakan mempromosikan gejala ekstrem.

Menurut seorang daripada peguam yang mewakilinya, R Sivarasa, polis memaklumkan tempoh reman adalah untuk mengambil kenyataan Paulsen, termasuk cap jari dan memeriksa kediamannya.

MENARIK – Jangan Politik Atau Manipulasi Tangkapan Eric Paulsen

Beliau berkata, tindakan reman itu tidak seharusnya dilakukan memandangkan Paulsen disiasat berkaitan tweet yang beliau tulis dan ia boleh didakwa serta-merta.

“Jika tweet itu merupakan kesalahannya, bawa beliau ke mahkamah,” kata Sivarasa pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur, hari ini, memetik laporan The Malaysian Insider.

Menurut Sivarasa, polis pada awalnya memohon tempoh tahanan reman selama empat hari tetapi mahkamah hanya membenarkan dua hari sahaja penahanan.

Selain Sivarasa, 6 lagi peguam yang hadir di balai polis hari ini adalah N Surendran, Latheefa Koya, Dheeraj Bhar, G Sivamalar, Michelle Yesudas dan Shahid Adli.


Paulsen ditahan pada jam 9 malam tadi di Brickfields, Kuala Lumpur.

Penahanan Paulsen disahkan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi akaun Twitternya yang berkata: “@PDRMsia baru sahaja menangkap Eric Paulsen di Brickfields.”

Khalid sebelum ini berkata, Paulsen akan disiasat mengikut Akta Hasutan 1948 kerana mendakwa Jakim mempromosikan fahaman ekstremis di negara ini.

Paulsen dipercayai membuat catatan di akaun Twitternya berkata, “Jakim sedang mempromosikan ekstremisme setiap Jumaat. Kerajaan perlu menanganinya jika serius mahu banteras ekstremisme di Malaysia.”  – MYNEWSHUB.CC

Video Eric Paulsen Ditahan Polis

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori