PENGARAH Eksekutif Lawyers for Liberty Malaysia, Eric Paulsen yang mendakwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mempromosikan fahaman ekstrem setiap Jumaat ditahan pihak polis sebentar tadi di Brickfields, Kuala Lumpur.
Pengesahan itu dibuat oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar melalui akaun Twitter peribadi beliau.
Eric dijangka akan disiasat di bawah Akta Hasutan berikutan kenyataannya itu.
Semalam, Mynewshub menyiarkan kenyataan Eric yang juga dibuat melalui akaun twitter menyatakan Jakim mempromosikan fahaman ekstrem setiap Jumaat.
Penggunan hari Jumaat secara spesifik membawa pengertian dakwaan Eric merujuk kepada teks khutbah Jumaat yang dibekalkan jabatan berkenaan kepada masjid-masjid seluruh negara.
Walaupun cuba menafikan perkara tersebut dan memadam tweet berkenaan, namun anggota masyarakat tidak menerima kenyataan itu. –MYNEWSHUB.CC